factograf
MS

Henan

Henan

33°50′U 113°30′T / 33.833°U 113.500°T

Henan (Bahasa Cina: 河南; pinyin: Hénán), ialah sebuah wilayah Republik Rakyat China yang terletak di bahagian tengah negara. Singkatan satu aksaranya ialah 豫 (pinyin: yù), sempena Wilayah Yuzhou (豫州 Yù Zhōu), sebuah wilayah Dinasti Han (zhou) yang merangkumi beberapa bahagian Henan. Nama Henan bermaksud "selatan Sungai (Kuning)" (Huang He).

Dengan jumlah penduduk menghampiri 100 juta orang, Henan ialah wilayah China yang paling ramai penduduknya. Henan bersempadan dengan Hebei di utara, Shandong di timur laut, Anhui di tenggara, Hubei di selatan, Shaanxi di barat, dan Shanxi di barat laut.

Henan juga kerap dipanggil Zhongyuan (中原 zhōngyuán) atau Zhongzhou (中州 zhōngzhōu), yang bermaksud "dataran tengah" atau "pusat negeri"; nama ini juga digunakan untuk menyebut seluruh Dataran China Utara. Henan dianggap sebagai tempat lahir tamadun Cina.

Pautan luar

  • China Travel Videos Diarkibkan 2006-11-08 di Wayback Machine
  • Travel spots and tips in Henan Diarkibkan 2009-06-29 di Wayback Machine
  • The Provincial Government of Henan
  • Chinese Persecution of Religion
  • Large map of Henan
  • China Internet Information Center
  • [大河网 Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help) News Center]
  • [河南旅游网 Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help) Henan Province Tourism Service Network]
  • [河南文化网 Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help) Henan Culture Websites]

Read next

In 110 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article