factograf
MS

Heilongjiang

Heilongjiang

Key facts

jumlah penduduk38,312,224
keluasan454,800km²
contohWilayah di China
negaraRepublik Rakyat China
ibu kotaHarbin
masa permulaan1954

47°50′U 127°40′T / 47.833°U 127.667°T

(Cina Ringkas: 黑龙江省; Cina Tradisional: 黑龍江省; pinyin: Hēilóngjiāng; Ejaan peta pos: Heilungkiang) ialah sebuah wilayah Republik Rakyat China yang terletak di bahagian timur laut negara ini. "Heilongjiang" secara harfiahnya bermaksud "sungai naga hitam", iaitu nama bahasa Cina bagi Amur. Singkatan satu aksaranya ialah 黑 (pinyin: Hēi). Nama bahasa Manchu bagi rantau ini ialah Sahaliyan ula ("sungai hitam"), yang turut dijadikan asal-usul nama Pulau Sakhalin di pantai timur Rusia.

Heilongjiang bersempadan dengan Jilin di selatan dan Mongolia Dalam di barat; dan juga negara Rusia di utara.

Sungai Amur menandakan sempadan antara Republik Rakyat China dan Rusia di utara. Heilongjiang turut menempatkan titik paling utara di China (di mukim Mohe sepanjang sungai Amur) dan titik paling timur laut (di persimpangan sungai-sungao Amur dan Ussuri).

Read next

In 109 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article