factograf
MS

Basikal

Basikal
Basikal gunung moden ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan dan pemegang yang berserenjang dengan paksi basikal
Basikal gunung moden ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan dan pemegang yang berserenjang dengan paksi basikal

Basikal (Jawi: ‏باسيكل‎‎) atau kereta angin (Jawi: ‏كريتا اڠين‎‎, lihat istilah lain di bawah) ialah sejenis kenderaan yang mempunyai dua biji roda dipasangkan kepada sebuah rangka besi yang dikuasakan tenaga manusia.

Kenderaan ini digerakkan penunggang yang mengayuh dengan memijak rakap-rakap di tengah rangkanya. Otot-otot peha dan lutut mengangkat satu kaki yang memijak rakap dan menurunkannya sambil mengangkat satu kaki yang lain; tenaga ini dipindahkan rakap-rakap basikal dari satu roda gigi besar berantai kepada satu roda gigi kecil yang menggerakkan roda besar di belakang rangka. Satu kayuhan penuh pada sebuah basikal biasa menggerakkannya ke hadapan sebanyak 16 ka (4.9 meter); tenaga yang diambil untuk mengayuh ke satu jarak juga 80 peratus atau empat per lima kurang daripada tenaga yang dihabiskan dari berjalan kaki ke jarak yang sama.

Ia diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 buah di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Reka bentuk dasas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan pemegang basikal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan pada sekitar tahun 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk berbantu komputer. Kenderaan ini telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada awalnya, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.

Peristilahan

Perkataan basikal digunakan secara rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei (maka sebagai tajuk rasmi laman) dan merupakan kata pinjaman daripada perkataan bahasa Inggeris: bicycle; ia pernah juga diungkapkan sebagai kereta baisikal. Kata-kata lain yang turut digandingkan sebagai "kereta" untuk maksud ini termasuk kereta angin digunakan di kawasan-kawasan Bangka, Belitung dan Sumatera Barat di Indonesia, kereta lereng dan kereta roda.

Bahasa baku Indonesia menggunakan perkataan sepeda ([sĕ.pé.da], Jawi: ‏سڤيدا‎‎) secara rasmi dipinjam daripada Perancis: vélocipède melalui bahasa Belanda. Dialek-dialek dituturkan di kawasan utara dan pantai timur Semenanjung Melayu menggunakan kata gerek ([gé.rék], Jawi: ‏ݢيريق‎‎).

Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, antaranya:

Selain daripada tujuan rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk dalam bidang ketenteraan, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan kesukaann. Situasi cemas penunggang basikal aapbila tersempak dengan kereta seringkali disentuh para pengguna kenderaan ini dan menjadi tumpuan kepada perancangan jalan raya yang lebih berfungsi baik dan adil di serata dunia.

Jenis-jenis

Terdapat pelbagai jenis dan rek bentuk basikal yang biasanya dikelompokkan berdasarkan fungsi dan ukuran spesifikasinya.

  • Basikal onthel atau sepeda angkut, adalah sepeda tipe roadster berdesain klasik yang dibuat dari besi kuat dan telah digunakan sejak puluhan tahun
  • Basikal gunung, digunakan untuk lintasan off-road dengan rangka yang kuat, imbangan sertan kombinasi kelajuan sampai 27.
  • Basikal jalan raya, digunakan untuk kegiatan balapan jalan raya, rangka keseluruhan yang ringan, tayar halus untuk mengurangi geseran dengan jalan, kombinasi kelajuan sehingga 27
  • Basikal BMX, merupakan kependekan dari bicycle moto-cross, banyak digunakan untuk pertunjukan aksi lagak
  • Basikalkota (citybike) - biasa dipakai di perkotaan berjalan baik. Basikal jenis ini sangat menekankan aspek fungsi, dan ia basanya mempunyai sebuah tempat duduk belakang dan bakul.
  • Basikal mini - biasanya digunakan anak-anak, baik yang beroda dua mahupun tiga
  • Basikal lipat - rangkanya mudah dilipat sehingga bisa dibawa ke mana-mana dengan cepat
  • Basikal balapan, digunakan untuk kegiatan dalam balapan khusus.
  • Basikal hibrid - perpaduan daripada basikal gunung dan basikal jalan raya, digunakan untuk jalan raya dan begitu di jalan bertanah, berkelikir. Namun, ketika basikal hibrid digunakan pada jalan batu yang besar kerana rim dan tiub dalam pada basikal hibrid akan hancur; dan kecepatan basikal hibrid harus diperlahan kerana rim dan tiub dalam juga yang harus hancur pula (ketika pusing ke kiri atau kanan), yakni terlambat angkat daripada jalan berasfalt. Basikal hibrid hanya memiliki hendal rata. Saiz tayar basikal hibrid hanya 28 hingga 38 milimeter.
  • Basikal batu kelikir - perpaduan antara basikal gunung, basikal jalan raya dan basikal pelancongan, digunakan untuk jalan bertanah, jalan raya, dan berkelikir. Hendal hanya bersifat dropbar macam hampir serupa dengan tanduk domba. Saiz tayar basikal kelikir hanya 38 hingga 42 milimeter.
  • Basikal bermotor - pergerakannya dijana mesin menggunakan bahan bakar berjenis petrol sebagai sumber kuasa utamanya.

Rujukan

Sumber-sumber

  • Wilson, S. S. (Mac 1973). "Bicycle Technology" (PDF). Scientific American. Jil. 228 no. 3. m/s. 81–91.

Pautan luar

  • Persidang Basikal Dunia: Velo Mondial
  • Brown, Sheldon (2005)
  • Daftar istilah basikal.
  • eHow, Inc. (2005). Bagaimana membuat Basikal Anda Paling Baik, dicapai pada 30 Mac 2005.
  • Persekutan Penunggang Basikal Eropah
  • Exploratorium (2004). Sains Menunggang Basikal: Kuasa Manusia, dicapai pada 30 Mac 2005.
  • Hudson, William (2003). Mitos dan Peristwa Penting dalam Evolusi Basikal, dicapai pada 30 Mac 2005.
  • Jones, David E. H. (1970). Kestabilan Basikal – salinan terimbas untuk dimuat turun bagi kegunaan peribadi.
  • Townsend, Andy (2005). Kestabilan dan Pengemudian Motosikal Diarkibkan 2006-09-01 di Wayback Machine – Pendidikan Rider New Jersey, Inc., dicapai pada 30 Mac 2005.

Read next

In 186 languages

msадыгабзэAfrikaansAlemannischአማርኛaragonésअंगिकाالعربيةمصرىঅসমীয়াasturianuazərbaycancaتۆرکجهбашҡортсаBoarischžemaitėškaBikol Centralбеларуская (тарашкевіца)беларускаяBetawiбългарскиभोजपुरीBanjarবাংলাbrezhonegbosanskiBasa UgiбуряадcatalàнохчийнTsetsêhestâheseکوردیčeštinakaszëbscziчӑвашлаCymraegdanskdagbanliDeutschΕλληνικάEnglishEsperantoespañoleestieuskaraفارسیsuomivõroNa Vosa Vakavitifɔ̀ngbèfrançaisNordfriiskFryskGaeilgekriyòl gwiyannenGàidhliggalegoAvañe'ẽBahasa HulontalowayuunaikiHausaעבריתहिन्दीFiji HindihrvatskihornjoserbscemagyarհայերենԱրեւմտահայերէնinterlinguaJaku IbanBahasa IndonesiaInterlingueIlokanoIdoíslenskamedžuslovjanskyitaliano日本語Patoisla .lojban.JawaქართულიQaraqalpaqshaKabɩyɛTyapKongoKumoringGĩkũyũқазақшаಕನ್ನಡ한국어کٲشُرkurdîkernowekкыргызчаLatinaLadinoLëtzebuergeschLingua Franca NovaLimburgsLigureLadinlombardlingálalietuviųlatviešuMalagasyMinangkabauмакедонскиമലയാളംмонголमराठीMaltiMirandésမြန်မာဘာသာNedersaksiesPlattdüütschनेपालीनेपाल भाषाLi NihaNederlandsnorsk nynorsknorskNouormandoccitanlivvinkarjalaOromooଓଡ଼ିଆਪੰਜਾਬੀPangasinanPapiamentuDeitschpolskiPiemontèisپنجابیportuguêsRuna SimirumantschromânăрускирусскийрусиньскыйIkinyarwandaसंस्कृतम्саха тылаᱥᱟᱱᱛᱟᱲᱤsicilianuScotsسنڌيsrpskohrvatski / српскохрватскиසිංහලSimple EnglishslovenčinaslovenščinachiShonaSoomaaligashqipсрпски / srpskiSundasvenskaKiswahiliślůnskiSakizayaதமிழ்తెలుగుไทยTürkmençeTagalogtoki ponaTürkçeтатарча / tatarçaئۇيغۇرچە / Uyghurcheукраїнськаاردوoʻzbekcha / ўзбекчаvènetovepsän kel’Tiếng ViệtWest-VlamswalonWinarayייִדישVahcuengh粵語中文

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article