Tonos ialah nama untuk tempoh geologi pertama pada Era Neoproterozoik. Ia bermula sejak 1000 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 720 jtd. Pentarikhan tempoh ini ditetapkan oleh ICS berdasarkan kaedah kronometri radiometrik bukannya berdasarkan stratigrafi. Tempoh Tonos didahului oleh tempoh Stenos era Mesoproterozoik dan diikuti oleh tempoh Kriogen.
Tempoh Tonos menyaksikan rengkahan benua yang membawa kepada perpecahan adibenua Rodinia (yang telah terbentuk pada pertengahan tempoh Stenos), dan proses ini menjangkaui masa pada julat masa di antara 900 jtd sehingga ke 850 jtd.
Biologi
Fosil metazoa (haiwan) jangkaan terawal adalah bertarikh pada pertengahan sehingga ke akhir tempoh Tonos (sekitar 890-800 jtd). Fosil Otavia antiqua, yang dihuraikan sebagai bunga karang primitif oleh penemunya dan ramai sarjana lain paling awal bertarikh kira-kira 800 jtd. Malahan fosil seakan bunga karang dalam terumbu yang lebih awal sejak 890 juta tahun sebelum masa kini telah dilaporkan, tetapi identiti sebenar fosil tersebut sangat berkontroversi. Pentarikhan ini adalah konsisten dengan data molekul yang dipulihkan melalui kajian genetik ke atas spesies metazoa moden; kajian yang lebih terkini telah membuat kesimpulan bahawa pangkal pokok filogenetik haiwan adalah dalam tempoh Tonos.
Percabangan evolusi besar pertama untuk makhluk akritark berlaku semasa tempoh Tonos ini.
Bacaan lanjut
- "Tonian Period". GeoWhen Database. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2006. Dicapai pada January 5, 2006.
- Ogg, James G. (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
