factograf
MS
Sign in

tempoh geologi kedua era Neoproterozoik

Kriogen (geologi)

Kriogen (geologi)
All data from the card 17
Keformalan nama
Formal
Nama yang diratifikasi
1990
Jasad cakerawala
Bumi
Kegunaan tempatan
Global (ICS)
Skala masa yang digunakan
Skala masa ICS
Unit kronologi
Tempoh
Unit stratigrafi
System
Keformalan jangka masa
Formal
Takrif sempadan bawah
Ditakrifkan secara kronometrik dengan umur ditent ukur secara interim pada sekitar 720 Ma. GSSP sedang dijalankan.
Calon takrif sempadan bawah
Penampilan pertama pengglasieran yang meluas.
Calon keratan GSSP sempadan bawah
Akan ditetapkan
Takrif sempadan atas
Litupan karbonat yang berbeza di serata dunia. Bermulanya corak perubahan sekular yang tersendiri dari segi isotop karbon.
Sempadan atas GSSP
Bahagian Caruk Enorama, Banjaran Flinders, Australia Selatan31°19′53″S 138°38′00″T / 31.3314°S 138.6334°T
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP
March 2004
Kandungan purata O2 di atmosfera
c. 12 vol %(60 % berbanding aras moden)
Kandungan purata CO2 di atmosfera
c. 1300 ppm(5 kali ganda berbanding sebelum zaman industri)
Purata suhu permukaan
c. 5 °C(9 °C kurang berbanding paras moden)

Kriogen merupakan suatu tempoh geologi yang kedua pada era Neoproterozoik bermula 720 hingga 635 juta tahun dahulu. Tempoh ini didahului oleh Tempoh Tonos dan diikuti oleh Tempoh Ediakara.

Tempoh Kriogen merupakan tempoh masa berlakunya perubahan biosfera yang drastik. Selepas kepegunan iklim sewaktu Tempoh Bosan Bilion Tahun, tempoh Kriogen bermula dengan pengglasieran Sturt yang teruk, sehingga membekukan keseluruhan Bumi dengan Bumi pada ketika itu berada dalam keadaan Bumi Bola Salji. Selepas 70 juta tahun berlalu pengglasieran tersebut berakhir, tetapi dengan segera Bumi pada ketika itu mengalami pengglasieran Marino yang juga merupakan peristiwa global. Peristiwa-peristiwa pembekuan global ini masih diperdebatkan secara saintifik khususnya sama ada: (1) peristiwa-peristiwa tersebut meliputi keseluruhan Bumi, atau (2) terdapat satu kawasan kecil di lautan terbuka berhampiran khatulistiwa yang terselamat daripada pengglasieran. Keadaan yang kedua dikenali sebagai keadaan Bumi Bola Lecah Salji (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "slushball Earth").

Bacaan lanjutan

  • "Cryogenian Period". GeoWhen Database. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2005. Dicapai pada January 5, 2006.
  • James G. Ogg (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
  • Brain, C. K.; Prave, A. R.; Hoffmann, K. H.; Fallick, A. E.; Herd, D. A.; Sturrock, C.; Young, I.; Condon, D. J.; Allison, S. G. (2012). "The first animals: ca. 760-million-year-old sponge-like fossils from Namibia" (PDF). South African Journal of Science. 108: 1–8. doi:10.4102/sajs.v108i1/2.658.
  • Hoffman, Paul F.; Abbot, Dorian S.; dll. (November 8, 2017). "Snowball Earth climate dynamics and Cryogenian geology-geobiology". Science Advances. 3 (11). American Association for the Advancement of Science: e1600983. Bibcode:2017SciA....3E0983H. doi:10.1126/sciadv.1600983. PMC 5677351. PMID 29134193. S2CID 1465316.{{cite journal}}: CS1 maint: article number as page number (link)

Pautan luar

Read next

In 47 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article