factograf
MS
Sign in

Probosis

Probosis

Probosis merupakan apendej yang panjang menonjol dari kepala haiwan, baik vertebrat mahupun invertebrat. Bagi invertebrat, istilah ini biasanya memaksudkan anggota mulut berbentuk tiub yang digunakan untuk memakan atau menghirup, contohnya kupu-kupu. Bagi vertebrat, istilah ini memaksudkan pula hidung atau mancung yang teramat panjang (belalai), contohnya gajah.

Istilah probosis berasal dari bahasa Yunani, iaitu προβοσκίς (proboskis), yang terdiri daripada πρό (pro) "ke hadapan, sebelum" + βόσκω (bosko), "makan, menyuburkan".

Rujukan

  • http://stuartgibson.aminus3.com/image/2007-09-07.html

Read next

In 43 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article