Hydrangea ialah genus tumbuhan berbunga terdiri daripada lebih 75 spesies yang tumbuh asli di Asia dan benua-benua Amerika. Kepelbagaian spesies paling besar ditemukan di Asia Timur terutamanya China, Korea dan Jepun.
Taksonomi
Nama genus Hydrangea dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani Purba ὕδωρ húdōr "air" dan ἄγγος ángos atau αγγεῖον angeîon "bekas", kerana kapsul bijinya menyerupai bekas air.
Botani
Pokok spesies dalam genus ini jenis renek yang tumbuh setinggi 1-3 meter, tetapi ada beberapa spesies yang tumbuh menjadi pokok atau liana yang mencapai ketinggian 30 m dengan memanjat pokok-pokok lain. Daun-daun pokoknya boleh meluruh atau malar hijau, semua spesies yang banyak ditanam di kawasan beriklim sederhana meluruhkan daun.
