factograf
MS
Sign in

spesies mamalia

Okapi

Okapi

Key facts

contohtakson
jisim22 kg
nama taksonOkapia johnstoni
pangkat taksonspesies
dijelaskan oleh sumberEnsiklopedia Otto

Okapi ialah mamalia dari Hutan Hujan Ituri di Afrika Tengah. Walaupun kulit berbelang okapi menyerupai kulit kuda belang, okapi memiliki hubungan lebih dekat dengan zirafah. Sifat fizikalnya yang menyerupai kuda belang dan zirafah mencetuskan anggapan wujudnya kacukan antara keduanya.

Haiwan yang berasal dari Hutan Hujan Ituri di timur laut Republik Demokratik Congo ini mula dikenal pasti pada tahun 1901.

Etimologi dan sejarah

Gambaran terawal okapi boleh ditarikhkan kembali hingga abad kelima SM melalui sebuah ukiran di Apadana, Persepolis yang dipercayai seekor okapi yang dijadikan sebagai hadiah daripada pihak Habsyah kepada wangsa Parsi Achaemenid.

Okapi dilaporkan secara rasmi buat pertama kali oleh ahli zoologi Inggeris, Philip Lutley Sclater pada 1901 sebagai Equus johstoni. Laporan tersebut menyatakan bahawa penduduk asal habitat itu memanggilnya sebagai o',api manakala satu lagi nama, okapi dilaporkan oleh penduduk Bambuba di situ.

Taburan

Okapi bersifat endemik di Republik Demokratik Congo di bahagian utara dan timur Sungai Kongo serta populasi kecil di kawasan barat dan selatan sungai. Okapi sudah pupus di Uganda.

Pemuliharaan

Okapi mendapat taraf sebagai haiwan terancam oleh IUCN. Binatang ini mendapat perlindungan penuh dalam perundangan Congo, dan terdapat beberapa pusat pemuliharaan seperti Rizab Hidupan Liar Okapi dan Taman Negara Maliko yang menjaga populasi okapi yang besar.

Sebuah program yang dipanggil sebagai Projek Pemuliharaan Okapi telah dilancarkan pada 1987 sebagai usaha untuk memulihara populasi okapi serta pertambahan penduduk asli Mbuti.

Pautan luar

  • (Inggeris) Gilman International Conservation - Okapi Conservation Project Diarkibkan 2011-07-26 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Okapi Reserve Diarkibkan 2007-11-19 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Brookfield Zoo - Okapi Species Survival Plan (SSP) Diarkibkan 2012-07-20 di Wayback Machine
  • (Inggeris) BBC - Science & Nature - Wildfacts - Okapi

Read next

In 96 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article