Yuta Nakamoto (Kanji: 中本悠太) lebih dikenali sebagai YUTA (Hangul: 유타) adalah seorang penyanyi, rapper, dan penari, lahir di Kadoma, Osaka, Jepun pada Oktober 26, 1995. Dia merupakan penari utama, sub-vokal, dan juga sub-rapper di dalam kumpulan muzik Korea Selatan NCT 127 and NCT U. Dia merupakan salah seorang dari dua ahli NCT (kumpulan muzik) yang berasal dari Jepun.
Kehidupan Awal
Yuta dilahirkan pada 26 Oktober 1995, di Kadoma, Osaka, Jepun. Dia mempunyai seorang kakak perempuan dan seorang adik perempuan. Beliau lulus dari Sekolah Menengah Antarabangsa Universiti Yashima Gakuen. Yuta bermain bola sepak dari umur lima hingga 16 tahun dan ingin menjadi seorang pemain bola sepak profesional, impian dia berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang idola.
