factograf
MS

Bahasa Latin

Bahasa Latin

Key facts

contohbahasa mati, bahasa kuno, bahasa
negaraVatikan
dijelaskan oleh sumberKamus Ensiklopedia Brockhaus dan Efron Kecil
All data from the card 7
Asli kepada
Wilayah Latium, Rom Kuno
Pupus
Bahasa Latin Lewat diperkembangkan menjadi pelbagai bahasa Romawi pada abad ke-9
Keluarga bahasa
Indo-Eropah Bahasa-bahasa ItalikBahasa-Bahasa Latin-FaliskiBahasa Latin
Bahasa rasmi di
Kota VaticanDigunakan untuk tujuan rasmi, tetapi tidak dituturkan dalam pertuturan harian
ISO 639-1
laa
ISO 639-2
lat
ISO 639-3
lat

Bahasa Latin (lingua Latina atau Latinum) ialah bahasa kuno yang mula dikembangkan dalam kalangan bangsa Latin di wilayah Latium (merangkumi wilayah Lazio kini) di tengah Semenanjung Itali dan mula-mula dipertuturkan pada zaman Rom Kuno.

Bahasa ini dituturkan di banyak kawasan taklukan setempat Empayar Rom sejak abad pertama SM mula menyimpang dari bentuk yang dibakukan dalam persuratan banyak penulis dan ilmuwan Rumawi; bahasa seharian ini mula dibezakan sebagai bahasa "kebanyakan" (sermo plebeius atau sermo vulgaris) daripada bahasa yang "klasik". Penuturan bahasa cakapan ini serata kawasan Rumawi mencirikan unsur setempat yang lama-kelamaan membentuk bahasa-bahasa Romawi pada abad ke-6 hingga 9; bahasa Itali yang berasaskan loghat Toscana serta loghat Logudoro bahasa Sardinia paling dekat dan memelihara ciri bahasa Latin induk.

Ia kini jarang sekali digunakan dalam zaman moden kecuali sebagai bahasa sebahagian pegawai rasmi di Kota Vatican, negara terkecil di dunia diperintah Takhta Suci yang mentadbir Gereja Katolik, malah upacara tertentu diamalkan badan gereja ini seperti Ritus Rom turut dibaca dalam bahasa Latin. Pengaruh kerajaan Romawi yang kuat pada zaman dahulu meninggalkan kesan bahasa Latin yang mendalam kepada bahasa-bahasa moden di benua Eropah seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis; oleh sebab inilah bahasa Latin juga diajarkan di banyak tahap pendidikan dasar, menengah, dan tinggi dunia Barat: bahasa Latin dipelajari dalam 2.3% daripada semua sekolah-sekolah rendah di serata United Kingdom manakala lebih 500,000 orang pelajar di Jerman juga memilih mempelajari bahasa ini.

Sejarah

Bahasa Latin adalah bahasa Italik yang berasal dari Latium, sebuah daerah di Itali sekeliling kota Rom. Bahasa ini penting kerana ia digunakan kerajaan Rom. Pada puncak kejayaan kerajaan ini, bahasa Latin dituturkan sejauh pulau Britain di barat laut sampai ke Palestin di hujung tenggara Eropah.

Setelah runtuhnya kerajaan Rom, sekitar akhir abad ke 5, bahasa Latin tidak turut runtuh malah terus berkembang dengan pesatnya. Bahasa ini dipakai sebagai bahasa lingua franca, bahasa liturgis gereja dan bahasa ilmu pengetahuan, bahkan juga di daerah-daerah yang tidak pernah ditaklukkan kerajaan Romawi.

Peninggalan

Bahasa-bahasa Romawi

Bahasa Latin Umum yang dituturkan oleh antara lain bala tentara Rom menjadi bahasa pengantar di seluruh daerah kerajaan. Di beberapa tempat, bahasa ini bahkan menggantikan bahasa setempat. Bahasa-bahasa turunan dari bahasa Latin ini disebut "bahasa Romawi", tetapi bahasa Latin sendiri bukanlah bahasa Roman. Bahasa Latin termasuk rumpun bahasa Itali.

Pengaruh dalam bahasa Melayu

Dalam konteks sejarah bahasa Melayu, unsur bahasa Latin mula diserap dalam beberapa fasa:

  • fasa pertama - melalui bahasa Arab di mana para penuturnya bertembung dengan tamadun Romawi seawal abad pertama dan kedua Masihi menerapkan kosakatanya dalam lahjah-lahjah serumpun lagi-lagi dari orang Nabati yang kemudiannya terpelihara dalam persuratan Arab termasuk pembukuan ayat-ayat al-Quran:
bahasa Latin bahasa Arab bahasa Melayu
Caesar قَيصَر‎‎ qayṣar kaisar
follis "kantung wang" فُلس‎ fuls mufrad
فُلُوس‎‎ fulūs jamak
fulus
sigillum "mohor" سِجِلّ‎ sijill sijil

Ciri-ciri

Kasus

Kasus merupakan ciri utama bahasa Latin dan dalam bahasa ini, terdapatnya enam kasus:

  1. kasus ablatif
  2. kasus akusatif
  3. kasus datif
  4. kasus genetif
  5. kasus nominatif
  6. kasus vokatif

Selain itu, terdapat juga kasus lokatif dalam beberapa kekecualian.

Abjad

Bahasa Latin ditulis dengan abjad Latin yang menjadi bentuk tulisan yang paling banyak dipakai di dunia. Lihat Abjad Latin untuk keterangan lebih lanjut.

Rujukan

Sumber-sumber

  • Clark, Victor Selden (1900). Studies in the Latin of the Middle Ages and the Renaissance. Lancaster: The New Era Printing Company.
  • Herman, József (2000). Vulgar Latin. Diterjemahkan oleh Wright, Roger. University Park, Pennsylvania, AS: Pennsylvania State University Press. ISBN 978-0-271-02000-6.

Read next

In 248 languages

msаԥсшәаAfrikaansAlemannischአማርኛaragonésÆngliscOboloअंगिकाالعربيةܐܪܡܝܐالدارجةمصرىঅসমীয়াasturianuаварazərbaycancaتۆرکجهбашҡортсаBasa BaliBoarischžemaitėškaBikol Centralбеларуская (тарашкевіца)беларускаябългарскиभोजपुरीbamanankanবাংলাབོད་ཡིགbòo pìkkàbrezhonegbosanskiBatak MandailingбуряадcatalàChavacano de Zamboanga閩東語 / Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄нохчийнCebuanoᏣᎳᎩکوردیcorsuqırımtatarcačeštinakaszëbscziсловѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟчӑвашлаCymraegdanskDeutschZazakidolnoserbskiKadazandusunΕλληνικάemiliàn e rumagnòlEnglishEsperantoespañoleestieuskaraestremeñuفارسیsuomivõroføroysktfrançaisarpetanNordfriiskfurlanFryskGaeilgeGagauz贛語kriyòl gwiyannenGàidhliggalegoAvañe'ẽ𐌲𐌿𐍄𐌹𐍃𐌺GaelgHausa客家語 / Hak-kâ-ngîעבריתहिन्दीFiji HindihrvatskihornjoserbsceKreyòl ayisyenmagyarհայերենԱրեւմտահայերէնinterlinguaJaku IbanBahasa IndonesiaInterlingueIlokanoгӀалгӀайIdoíslenskamedžuslovjanskyitaliano日本語PatoisJawaქართულიQaraqalpaqshaTaqbaylitадыгэбзэKabɩyɛTyapKongoKumoringGĩkũyũқазақшаភាសាខ្មែរಕನ್ನಡ한국어къарачай-малкъарکٲشُرRipoarischkurdîкомиkernowekкыргызчаLatinaLadinoLëtzebuergeschлаккулезгиLingua Franca NovaLimburgsLigureLadinlombardlingálaລາວlietuviųlatgaļulatviešuMadhurâमगहीмокшеньMalagasyолык марийMāoriмакедонскиമലയാളംмонголꯃꯤꯇꯩ ꯂꯣꯟमराठीкырык марыMaltiMirandésမြန်မာဘာသာэрзяньمازِرونیNapulitanoNedersaksiesPlattdüütschनेपालीनेपाल भाषाNederlandsnorsk nynorsknorskNovialNouormandChi-Chewaoccitanlivvinkarjalaଓଡ଼ିଆиронਪੰਜਾਬੀPangasinanPapiamentuPicardPälzischpolskiPiemontèisپنجابیپښتوportuguêsRuna SimirumantschromânăarmãneashtiрусскийрусиньскыйIkinyarwandaसंस्कृतम्саха тылаᱥᱟᱱᱛᱟᱲᱤsardusicilianuScotsسنڌيdavvisámegiellasrpskohrvatski / српскохрватскиTaclḥitසිංහලSimple EnglishslovenčinaسرائیکیslovenščinachiShonaSoomaaligashqipсрпски / srpskiSeelterskSundasvenskaKiswahiliślůnskiதமிழ்తెలుగుтоҷикӣไทยTürkmençeTagalogtolışitoki ponaTok PisinTürkçeтатарча / tatarçaтыва дылудмуртئۇيغۇرچە / Uyghurcheукраїнськаاردوoʻzbekcha / ўзбекчаvènetovepsän kel’Tiếng ViệtWest-VlamsVolapükwalonWinaray吴语isiXhosaმარგალურიייִדישYorùbáZeêuwsⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ ⵜⴰⵏⴰⵡⴰⵢⵜ文言閩南語 / Bân-lâm-gí粵語中文isiZulu

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article