factograf
MS
Sign in

nama tempoh geologi ketiga dan terakhir era Neoproterozoik

Ediakara

Ediakara
All data from the card 17
Keformalan nama
Formal
Nama yang diratifikasi
1990
Jasad cakerawala
Bumi
Kegunaan tempatan
Global (ICS)
Skala masa yang digunakan
Skala masa ICS
Unit kronologi
Tempoh
Unit stratigrafi
Sistem
Keformalan jangka masa
Formal
Takrif sempadan bawah
Litupan karbonat yang berbeza di serata dunia. Bermulanya corak perubahan sekular yang tersendiri dari segi isotop karbon.
Sempadan bawah GSSP
Bahagian caruk Enorama, Banjaran Flinders, Australia Selatan31°19′53″S 138°38′00″T / 31.3314°S 138.6334°T
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP
Mac 2004
Takrif sempadan atas
Kemunculan Iknofosil Treptichnus pedum
Sempadan atas GSSP
Bahagian Fortune Head, Newfoundland, Kanada47°04′34″U 55°49′52″B / 47.0762°U 55.8310°B
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP
1992
Kandungan purata O2 di atmosfera
c. 8 vol %(40 % berbanding aras moden)
Kandungan purata CO2 di atmosfera
c. 4500 ppm(16 kali ganda berbanding sebelum zaman industri)
Purata suhu permukaan
c. 17 °C(3 °C lebih tinggi berbanding paras moden)

Ediakara ialah nama sesuatu tempoh geologi yang menjangkaui tempoh masa selama 94 juta tahun, bermula dengan pengakhiran Tempoh Kriogen pada sekitar 635 juta tahun dahulu (jtd) sehingga bermulanya Tempoh Kambria pada 541 jtd. Ia menandakan berakhirnya Eon Proterozoik dan bermulanya Eon Fanerozoik. Tempoh ini diberi nama sempena Bukit Ediakara di Australia Selatan.

Tempoh Ediakara disahkan sebagai tempoh geologi rasmi oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa (IUGS) pada tahun 2004, menjadikan Ediakara tempoh geologi pertama yang diklasifikasi selepas 120 tahun. Walaupun tempoh ini mengambil namanya dari Bukit Ediakara yang merupakan tempat ahli geologi Reg Sprigg menjumpai fosil eponim biota Ediakara pada tahun 1946, bahagian bawah stratanya adalah ditemui di dasar Caruk Enorama dalam Gaung Brachina di Banjaran Flinders di Australia Selatan, pada 31°19′53.8″S 138°38′0.1″T / 31.331611°S 138.633361°T.

Read next

In 53 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article