factograf
MS

Fredrik Bajer

Fredrik Bajer

Key facts

tarikh lahir21 April 1837
tarikh kematian22 Januari 1922
pekerjaanpenulis, ahli politik, guru
tempat kematianKopenhagen
anugerah yang diterimaHadiah Keamanan Nobel
All data from the card 5
Lahir
21 April 1837
Meninggal dunia
22 Januari 1922 (umur 84)
Pekerjaan
penulis, ahli politik, guru
Warganegara
Denmark
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel 1908

Fredrik Bajer (21 April 1837 – 22 Januari 1922) merupakan guru, penulis dan ahli politik Denmark yang telah menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1908.

Anak seorang pendeta, Bajer telah berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan ketenteraan Denmark dan pernah terlibat dalam perang 1864 menentang Prussia dan Austria dimana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai leftenan pertama. Beliau telah berhenti sebagai tentera pada 1865 dan berpindah ke Copenhagen. Di Copenhagen, beliau telah menjadi guru, penterjemah dan penulis.

Bajer telah menyertai Parlimen Denmark pada tahun 1872 sebagai ahli Folketinget dan memegang kerusi tersebut selama 23 tahun. Sebagai ahli parlimen, beliau menggunakan timbang tara antarabangsa untuk menyelesaikan persengketaan antara negara. Bajer juga telah memainkan peranan dalam menjadikan hubungan luar sebahagian daripada tugas Parlimen Denmark dan penyertaan Denmark dalam Kesatuan Antara Parlimen dari awal.

Beliau turut menyokong pelbagai organisasi keamanan samaada dalam Denmark mahupun sekitar Eropah, serta turut membantu membimbing kelulusan rang undang-undang untuk mencapai perjanjian timbang tara antara Sweden dan Norway. Bajer pernah menjadi Presiden Biro Tetap Keamanan Antarabangsa sehingga 1907 dan setahun kemudian beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Pautan luar

  • Nobel Committee information on 1908 laureates Diarkibkan 2004-08-07 di Wayback Machine

Read next

In 61 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article