factograf
MS

ahli biologi dari Australia

Elizabeth Blackburn

Elizabeth Blackburn
All data from the card 9
Kelahiran
Elizabeth Helen Blackburn26 November 1948Hobart, Tasmania, Australia
Kerakyatan
Australia, Amerika
Pusat pendidikan
Universiti Melbourne (BSc) Universiti Cambridge (PhD)
Bidang
Biologi molekul
Institusi
Universiti California, Berkeley Universiti California, San Francisco Universiti Yale Institut Salk
Tesis
Sequence studies on bacteriophage ØX174 DNA by transcription (1974)
Penasihat kedoktoran
Frederick Sanger
Pelajar kedoktoran
Carol W. Greider
Laman web rasmi
biochemistry2.ucsf.edu/labs/blackburn

Elizabeth Helen Blackburn, AC FRS FAA FRSN (lahir 26 November 1948) ialah seorang pemenang Hadiah Nobel Australia-Amerika yang merupakan bekas Presiden Institut Penyelidikan Biologi Salk. Sebelum ini, beliau ialah penyelidik biologi di Universiti California, San Francisco, yang mengkaji telomer, struktur pada akhir kromosom yang melindungi kromosom. Pada tahun 1984, Blackburn telah menemui telomeras, enzim yang menambah telomer, bersama Carol W. Greider. Untuk hasil kerja ini, beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 2009, berkongsi bersama Greider dan Jack W. Szostak, menjadi satu-satunya pemenang Hadiah Nobel yang berasal dari Tasmania. Beliau juga bekerja dalam bidang etika perubatan, dan ditolak secara kontroversi daripada Majlis Presiden Pentadbiran Bush mengenai Bioetika.

Pautan luar

  • Nobelprize.org bio
  • Video Lecture on Telomeres and Telomerase

In 75 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article