Chicago adalah bandar raya terbesar di negeri Illinois, terbesar dalam Midwest, dan, dengan jumlah penduduk melebihi tiga juta orang, ia adalah bandar raya ketiga paling padat di Amerika Syarikat. Kawasan metropolitan Chicago (lebih dikenali sebagai Chicagoland) mempunyai jumlah penduduk melebihi 9.5 juta orang dalam Illinois, Wisconsin dan Indiana, membuatkannya juga kawasan metropolitan yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat. Chicago terletak di sepanjang barat daya pesisir Tasik Michigan dan adalah sebuah pusat utama pengangkutan, industri, politik, budaya, kewangan, ubat-ubatan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara nama gelaran Chicago termasuklah "Bandaraya Berangin," "Bandar Chi," "Bandar Yang Kedua," dan "Bandar Raya Bahu Besar".
Chicago ialah pusat kewangan, perniagaan, dan kebudayaan Midwest. Bandar raya ini diasaskan pada tahun 1833 di tempat bertumpunya pengangkutan di antara Tasik-Tasik Besar Amerika dan titik haluan Sungai Mississippi, ia kemudian menjadi satu pusat pengangkutan di Amerika Utara. Semasa Pesta Dunia Chicago pada tahun 1893, ia adalah salah satu daripada sepuluh bandar-bandar dunia paling berpengaruh bandar-bandar dunia dan masih kekali sehingga ke hari ini.
Sejarah Chicago

Sepanjang pertengahan kurun ke-18, kawasan Chicago telah didiami terutamanya oleh puak Potawatomi, yang mengambil tempat orang Miami dan Sauk dan Rubah. Peneroka bukan penduduk asal pertama di Chicago, Jean Baptiste Pointe du Sable dari Haiti, tiba dalam tahun 1770-an, berkahwin dengan seorang wanita puak Potawatomi, dan mengasaskan pusat dagangan pertama kawasan berkenaan. Pada tahun 1803, Tentera Amerika Syarikat membina Kota Dearborn, yang dimusnahkan pada tahun 1812 dalam Pembunuhan beramai-ramai Kota Dearborn. Puak Ottawa, Ojibwa, dan Potawatomi kemudian menyerahkan tanah itu kepada Amerika Syarikat dalam Perjanjian St. Louis tahun 1816. Semasa 12 Ogos 1833, Bandar Chicago dirancang dengan jumlah penduduk seramai 350 orang, dan dalam masa tujuh tahun ia berkembang dengan jumlah penduduk melebihi 4,000 orang. Bandar Raya Chicago diperbadankan pada 4 Mac 1837.
Sukan
| Kelab | Liga | Sukan | Tempat | Ditubuhkan | Kejohanan |
|---|---|---|---|---|---|
| Chicago Bears | NFL | Bola Sepak Amerika | Soldier Field | 1919 | 1 Menang Super Bowl, 8 Juara Kejohanan Liga (Pra Era Super Bowl) |
| Chicago Cubs | MLB | Besbol | Wrigley Field | 1876 | 2 menang Siri Dunia |
| Chicago White Sox | MLB | Besbol | US Cellular Field | 1900 | 3 menang Siri Dunia |
| Chicago Bulls | NBA | Bola Keranjang | United Center | 1966 | 6 Kejohanan NBA |
| Chicago Sky | WNBA | Bola Keranjang | UIC Pavilion | 2006 | 0 Kejohanan WNBA |
| Chicago Blackhawks | NHL | Hoki | United Center | 1926 | 3 Piala Stanley |
| Chicago Wolves | AHL | Hoki | Allstate Arena | 1994 | 2 Piala Turner, 1 Piala Calder |
| Chicago Hounds | UHL | Hoki | Sears Centre | 2006 | 0 |
| Chicago Rush | AFL | Bola Sepak Arena | Allstate Arena | 2001 | 1 Kejohanan ArenaBowl |
| Chicago Fire | MLS | Bola Sepak | Toyota Park | 1997 | 1 Piala MLS, 4 Piala Terbuka A.S. |
| Chicago Storm | MISL | Bola Sepak Futsal | Sears Centre | 2004 | 0 |
| Chicago Machine | MLL | Lacrosse | Toyota Park | 2006 | 0 |
| Chicago Shamrox | NLL]] | Lacrosse | Sears Centre | 2007 | 0 |
| Chicago Slaughter | CIFL | Bola Sepak Amerika | Sears Centre | 2007 | 0 |
Demografi
| Bandar Raya Chicago Populasi mengikut tahun | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun banci |
Populasi | Kedudukan | |||
| 1840 | 4,470 | 92 | |||
| 1850 | 29,963 | 24 | |||
| 1860 | 112,172 | 9 | |||
| 1870 | 298,977 | 5 | |||
| 1880 | 503,185 | 4 | |||
| 1890 | 1,099,850 | 2 | |||
| 1900 | 1,698,575 | 2 | |||
| 1910 | 2,185,283 | 2 | |||
| 1920 | 2,701,705 | 2 | |||
| 1930 | 3,376,438 | 2 | |||
| 1940 | 3,396,808 | 2 | |||
| 1950 | 3,620,962 | 2 | |||
| 1960 | 3,550,404 | 2 | |||
| 1970 | 3,366,957 | 2 | |||
| 1980 | 3,005,072 | 2 | |||
| 1990 | 2,783,726 | 3 | |||
| 2000 | 2,896,016 | 3 | |||
| 2006 | 2,873,790 | 3 | |||
Bandaraya berkembar
- Accra (Ghana) sejak 1989
- Amman (Jordan) 2004
- Athens (Greece) 1997
- Belgrade (Serbia) 2005
- Birmingham (United Kingdom) 1993
- Busan (Korea Selatan) 2007
- Casablanca (Maghribi) 1982
- New Delhi (India) 2001
- Durban (Afrika Selatan) 1973
- Galway (Republik Ireland) 1997
- Gothenburg (Sweden) 1987
- Hamburg (Jerman) 1994
- Kiev (Ukraine) 1991
- Lahore (Pakistan) 2007
- Lucerne (Switzerland) 1998
- Mexico City (Mexico) 1991
- Milan (Itali) 1973
- Moscow (Rusia) 1997
- Osaka (Jepun) 1973
- Paris (Perancis) 1996
- Petah Tikva (Israel) 1994
- Prague (Republik Czech) 1990
- Shanghai (Republik Rakyat China) 1985
- Shenyang (Republik Rakyat China) 1985
- Toronto (Ontario, Kanada) 1991
- Vilnius (Lithuania) 1993
- Warsaw (Poland) 1960
Bacaan lanjut
- Jangka Waktu Chicago. Perpustakaan Awam Chicago di www.chipublib.org/004chicago/chihist.html.
- USGS—Chicago - Topografi.
- Blackwell, Elizabeth Canning (2003). Frommer 2004 Chicago. Frommer's. ISBN 0-7645-3903-5. Unknown parameter
|month=ignored (bantuan) - James R. Grossman, Ann Durkin Keating, Janice L. Reiff. The Encyclopedia of Chicago (University of Chicago Press 2005) ISBN 0-226-31015-9; The Encyclopedia of Chicago (versi dalam talian)
- Charles Madigan., penyunting (1 September, 2004). Global Chicago. University of Illinois Press. ISBN 0-252-02941-0. Check date values in:
|year=(bantuan) - Miller, Donald L. (1996). City of the Century: The Epic of Chicago and the Making of America. Simon & Schuster. ISBN 0-684-80194-9. Unknown parameter
|month=ignored (bantuan) - [1] - Chicago Art, Theater, Fashion, and Dining.
- Griffin, Adam (2006). Chicago Information. chicagopage. ISBN. Unknown parameter
|month=ignored (bantuan)
Pautan luar
- Laman web rasmi Bandaraya Chicago
- Chicago.com Panduan bagi Chicago untuk Pelancong Dalam dan Luar Negara
- Biro Tetamu dan Konvensyen
- Peta-peta dan fotograf-fotograf udara
- Peta daripada Multimap atau Globalguide atau Peta-peta Google
- Imej udara daripada TerraServer
- Imej satelit daripada WikiMapia
