Ansan (sebutan bahasa Korea: ) ialah sebuah bandar raya di Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan. Ia terletak di barat daya Seoul dan merupakan sebahagian daripada Kawasan Ibu Negara Seoul. Ia dihubungkan ke Seoul dengan kereta api melalui Laluan 4 Kereta Api Bawah Tanah Seoul. Ansan terletak di kawasan pantai Laut Kuning dan beberapa pulau juga terletak di bawah pentadbiran bandar raya ini. Pulau terbesar dan yang paling terkenal adalah Pulau Daebu. Beberapa institusi pengajian tinggi juga terletak di Ansan termasuk Universiti Ansan, Kolej Teknologi Ansan, Institut Seni Seoul dan kampus ERICA Universiti Hanyang. Agensi kerajaan, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Korea juga beribu pejabat di Ansan. Dengan jumlah pekerja asing yang tinggi, Wongokbon-dong telah dipilih sebagai sebuah kawasan pelbagai budaya.
Bandar Raya Kembar
Luer Negara
Domestik
- Daerah Haenam, Korea Selatan
- Daerah Cheongyang, Korea Selatan
- Chuncheon, Korea Selatan
- Jecheon, Korea Selatan
Bandar Raya Kerjasama Mesra
- Waldviertel (Zwettl), Austria
- San Fernando, Filipina
- Wilayah Bà Rịa–Vũng Tàu, Vietnam
- Yantai, China
Pautan luar
- Laman sesawang kerajaan bandar raya Diarkibkan 2017-09-29 di Wayback Machine
