Ahmed III (Turki Uthmaniyyah: احمد ثالث Aḥmed-i sālis) (30/31 Disember, 1673 – 1 Julai, 1736) adalah seorang Sultan dari Empayar Uthmaniyyah dan amak lelaki kepada Sultan Mehmed IV (1648–87). Ibu beliau adalah Valide Sultan Emetullah Rabia Gülnûş Sultan, asalnya bernama Evmania Voria, yang merupakan seorang etnik Crete. Beliau telah dilahirkan di Hajioglupazari, Dobruja. Ahmed III menaiki takhta pada tahun 1703 selepas abang beliau, Mustafa II (1695–1703) menyerahkan takhta. Nevşehirli Damat İbrahim Pasha dan anak perempuan beliau, Puteri Hatice (isteri bagi bekas) mentadbir kerajaan bermula pada tahun 1718 sehingga 1730, satu zaman yang dikenali sebagai Era Tulip.
Rujukan
- This article incorporates text from the History of Ottoman Turks (1878)
- Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Ahmed III". [[Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11|Encyclopædia Britannica]] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
{{cite encyclopedia}}: URL–wikilink conflict (bantuan)
Pautan luar
Ahmed III Tarikh keputeraan: 30 Disember, 1673 Tarikh kemangkatan: 1 Julai, 1736[umur 62]
| ||
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Mustafa II |
Sultan bagi Empayar Uthmaniyyah 28 Disember, 1703 - 20 September, 1730 |
Diikuti oleh: Mahmud I |
| Gelaran Sunnah Islam | ||
| Didahului oleh Mustafa II |
Khalifah Islam 28 Disember, 1703 - 20 September, 1730 |
Diikuti oleh: Mahmud I |
