factograf
MS
Sign in

band Australia

AC/DC

AC/DC

Key facts

masa permulaan31 Disember 1973
contohkumpulan muzik
anugerah yang diterimaRock and Roll Hall of Fame
genrehard rock
All data from the card 6
Asal
Sydney , Australia
Genre
Hard rock blues rock rock and roll
Diskografi
Lihat: AC/DC discography (en)
Syarikat rakaman
Columbia Records Epic Records Geffen Records Hollywood Records Universal Music Group Sony Music Interscope Records Island Records
Kegiatan berkaitan
Marcus Hook Roll Band
Tapak sesawang
acdc.com

AC/DC adalah sebuah kugiran muzik rock Australia yang dibentuk di Sydney pada tahun 1973 oleh adik-beradik Malcolm dan Angus Young.

Kugiran ini telah menjual lebih daripada 200 juta kepingan rekod di seluruh dunia termasuk 71.5 juta album di Amerika Syarikat, menjadikan mereka artis kesepuluh paling laris di Amerika Syarikat dan artis ke-14 paling laris di seluruh dunia. Back in Black merupakan album ketiga terlaris oleh mana-mana artis dengan sekitar 50 juta unit dijual, serta juga album terlaris oleh mana-mana kugiran. Sebanyak 22   juta unit album ini telah dijual di Amerika Syarikat, di mana ia adalah album paling laris keenam sepanjang zaman. Pada tahun 2004, AC/DC menduduki tempat No. 7 dalam senarai Artist Hard Rock Terhebat Sepanjamg Zaman majalah Rolling Stone; malah juga diiktiraf dalam suatu esei nukilan produser terkenal Rick Rubin dalam majalah tersebut sebagai "kugiran rock dan roll terbesar sepanjang zaman".

Anggota kugiran

Ahli semasa

  • Angus Young   - gitar utama (1973-sekarang)
  • Chris Slade   - dram (1989-1994, 2015-sekarang)
  • Stevie Young   - gitar irama, vokal sokongan (2014-sekarang)
  • Axl Rose   - vokal utama (2016-sekarang)

Bekas anggota

  • Malcolm Young   - gitar rhythm, vokal sokongan (1973-2014; meninggal 2017)
  • Dave Evans   - vokal utama (1973-1974)
  • Bon Scott   - vokal utama (1974-1980; meninggal tahun 1980)
  • Phil Rudd   - dram (1975-1983, 1994-2015)
  • Mark Evans   - gitar bes (1975-1977)
  • Cliff Williams   - gitar bes, vokal sokongan (1977-2016)
  • Brian Johnson   - vokal utama (1980-2016)
  • Simon Wright   - dram (1983-1989)

Diskografi

  • High Voltage (1975 di Australia, 1976 di seluruh dunia)
  • T.N.T. (1975) (di Australia sahaja)
  • Dirty Deeds Done Dirt Cheap (1976)
  • Let There Be Rock (1977)
  • Powerage (1978)
  • Highway to Hell (1979)
  • Back in Black (1980)
  • For Those About to Rock We Salute You (1981)
  • Flick of the Switch (1983)
  • Fly on the Wall (1985)
  • Blow Up Your Video (1988)
  • The Razors Edge (1990)
  • Ballbreaker (1995)
  • Stiff Upper Lip (2000)
  • Black Ice (2008)
  • Rock or Bust (2014)
  • Power Up (2020)

Read next

In 96 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article