factograf
MS

Walther von Brauchitsch

Walther von Brauchitsch

Key facts

tarikh lahir4 Oktober 1881
tarikh kematian18 Oktober 1948
pekerjaananggota tentera, Generalfeldmarschall
tempat lahirBerlin
tempat kematianHamburg
jawatan yang dipegangPanglima Tertinggi
All data from the card 17
Canselor
Adolf Hitler
Didahului oleh
Werner von Fritsch
Digantikan oleh
Adolf Hitler
Lahir
4 Oktober 1881Berlin, Empayar Jerman
Meninggal dunia
18 Oktober 1948 (umur 67)Hamburg, Jerman Taklukan Bersekutu
Tempat semadi
Salzgitter
Pasangan
Elizabeth von Karstedt (k. 1910; c. 1938)Charlotte Rueffer (k. 1938)
Pertalian
Jeneral Adolf von Brauchitsch (abang), Kolonel Bernd von Brauchitsch (anak), Manfred von Brauchitsch, Hans Bernd von Haeften dan Leftenan Werner von Haeften (kesemuanya anak buah)
Anak
3
Anugerah awam
Lencana Emas PartiKnight Cross of the Iron Cross
Kesetiaan
Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi
Cabang/khidmat
Heer
Tahun khidmat
1900–41
Pangkat
Generalfeldmarschall
Unit
Artileri
Pangkalan
OKH
Perang/Pertempuran
Perang Dunia I Penyerangan Meuse-Argonne Pertempuran Verdun Perang Dunia II Operasi Barbarossa Pertempuran Perancis Pencerobohan Poland
Von Brauchitsch bersama Hitler di Warsaw, Oktober 1939
Von Brauchitsch bersama Hitler di Warsaw, Oktober 1939

Walther Heinrich Alfred Hermann von Brauchitsch (4 Oktober 1881 – 18 Oktober 1948) adalah seorang Fil Marsyal Jerman dan Panglima Besar Tentera Darat Jerman semasa era Nazi. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan tentera, Brauchitsch memasuki perkhidmatan tentera pada tahun 1901. Semasa Perang Dunia I, beliau berkhidmat dengan cemerlang di bahagian staf peringkat kor dan divisyen di Perbatasan Barat.

Selepas Nazi berkuasa pada 1933, Brauchitsch mengepalai Wilayah Tentera Prusia Timur. Beliau meminjam sejumlah wang yang besar dari Hitler dan terus bergantung kepada bantuan kewangannya. Brauchitsch berkhidmat sebagai Panglima Besar Tentera Darat Jerman (Oberbefehlshaber des Heeres) dari Februari 1938 sehingga Disember 1941. Beliau memainkan peranan utama dalam Pencerobohan Poland, Pertempuran Perancis dan mengawasi Pencerobohan Yugoslavia dan Greece. Untuk bahagiannya dalam Pertempuran Perancis, Brauchitsch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai yang paling kanan dalam senioriti Tentera Darat Jerman.

Selepas mengalami serangan jantung pada November 1941 dan dipersalahkan atas kegagalan Operasi Typhoon, iaitu serangan Wehrmacht ke atas Moscow, Hitler memecat beliau sebagai Panglima Tentera Darat dan mengambil alih sendiri jawatan itu; beliau menghabiskan seluruh masa peperangan dengan bersara wajib. Selepas Perang Dunia II, Brauchitsch telah ditahan atas tuduhan jenayah perang tetapi meninggal dunia kerana pneumonia pada tahun 1948 sebelum beliau sempat didakwa. Seorang pegawai staf yang berkebolehan dari sekolah lama Prusia, beliau, seperti Werner von Blomberg, tidak mempunyai keberanian politik untuk membantah Hitler.

Masa muda

Brauchitsch telah dilahirkan di Berlin dan merupakan anak kelima kepada seorang jeneral kavalri. Beliau memasuki Französisches Gymnasium Berlin (Kolej Francais Berlin), iaitu sebuah sekolah berbahasa Perancis. Brauchitsch telah ditauliahkan sebagai seorang Leftenan dalam Rejimen Ke3 Pengawal Prusia pada tahun 1900. Di dalam Perang Dunia Pertama, beliau bertugas sepenuhnya sebagai pegawai staf am. Sebelum itu, pada 29 Disember 1910 beliau mengahwini Elizabeth von Karstedt,seorang perempuan kaya yang mewarisi 300,000 ekar tanah (1,200km) di negeri Pomerania (tetapi telah bercerai pada Februari 1938 dan mengahwini Charlotte Schmidt pada September 1938).

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Lihat juga

Read next

In 49 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article