factograf
MS

Unit 731

Unit 731
All data from the card 6
Lokasi
Pingfang, Harbin, Heilongjiang, Manchukuo (kini China)
Koordinat
45°36′30″U 126°37′55″T / 45.60833°U 126.63194°T
Tarikh
1936–1945
Jenis serangan
Eksperimen manusiaPeperangan biologiPeperangan kimia
Senjata
Senjata biologiSenjata kimiaBahan letupan
Pelaku
Pakar Bedah Am Shirō IshiiLt. Jen. Masaji KitanoJabatan Pencegahan Wabak dan Pembersihan Air

Unit 731 (Jepun: 731部隊, Hepburn: Nana-san-ichi Butai), singkatan kepada Detasmen Manchu 731 dan juga dikenali sebagai Detasmen Kamo dan Unit Ishii, ialah unit penyelidikan dan pembangunan perang biologi dan kimia rahsia Tentera Darat Imperial Jepun yang terlibat dalam uji kaji manusia yang membawa maut dan pembuatan senjata biologi semasa Perang China-Jepun Kedua (1937–1945) dan Perang Dunia Kedua. Anggaran berbeza-beza tentang berapa ramai yang terbunuh. Antara tahun 1936 hingga 1945, kira-kira 14,000 mangsa telah dibunuh dalam Unit 731. Dianggarkan sekurang-kurangnya 300,000 individu telah mati akibat penyakit berjangkit yang disebabkan oleh aktiviti Unit 731 dan pusat-pusat penyelidikan gabungannya. Ia berpusat di daerah Pingfang di Harbin, bandar terbesar di negeri boneka Jepun Manchukuo (kini Timur Laut China) dan mempunyai pejabat cawangan aktif di seluruh China dan Asia Tenggara.

Diasaskan pada tahun 1936, Unit 731 bertanggungjawab atas beberapa jenayah perang yang paling dahsyat angkatan tentera Jepun. Ia menjalankan uji kaji secara rutin terhadap orang-orang tidak dianggap manusia dan dirujuk dari dalam sebagai "batang kayu/batang pohon." Uji kaji termasuk suntikan penyakit, penyahhidratan terkawal, ujian senjata biologi, ujian kebuk tekanan hipobarik, viviseksi, penuaian organ, amputasi dan ujian senjata standard. Mangsa termasuk bukan sahaja lelaki, wanita (termasuk wanita hamil) dan kanak-kanak yang diculik tetapi juga bayi yang lahir daripada perogolan sistemik yang dilakukan oleh kakitangan. Mangsa-mangsa juga daripada bangsa-bangsa yang berbeza, yang majoritinya orang Cina dan minoritinya yang sebahagian besar adalah orang Rusia. Selain itu, Unit 731 menghasilkan senjata biologi yang digunakan di kawasan-kawasan China yang tidak diduduki oleh tentera Jepun, seperti bandar, pekan, sumber air dan ladang China. Anggaran orang dibunuh oleh Unit 731 dan program-programnya adalah sehingga setengah juta orang, dan tiada seorang pun banduan yang terselamat. Semasa tamat perang, semua tawanan dibunuh untuk menyembunyikan bukti.

Unit 731 asalnya ditubuhkan oleh polis tentera Empayar Jepun, lalu diambil alih dan diperintah sehingga tamat perang oleh Jeneral Shirō Ishii, seorang pegawai perubatan tempur. Pusat itu dibina pada tahun 1935 untuk menggantikan Kubu Zhongma, sebuah penjara dan kem eksperimen. Ishii dan pasukannya menggunakan pusat itu untuk mengusahakan kebolehan mereka. Program mereka mendapat banyak sokongan kerajaan Jepun sehinggalah tamat perang pada tahun 1945. Pada 28 Ogos 2002, Mahkamah Daerah Tokyo memutuskan Jepun telah melakukan peperangan biologi di China dan akibatnya bertanggungjawab atas kematian ramai penduduk.

Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat kedua-duanya mengumpulkan data daripada Unit itu selepas Jepun jatuh. Sementara dua belas orang penyelidik Unit 731 yang ditangkap oleh tentera Soviet sudah dibicarakan pada perbicaraan jenayah perang Khabarovsk Disember 1949, mereka dijatuhkan hukuman ringan ke kem buruh Siberia untuk antara dua hingga 25 tahun, dengan syarat mereka berikan maklumat. Mereka yang ditangkap oleh tentera AS diberikan kekebalan undang-undang secara rahsia. Amerika Syarikat membantu menutup uji kaji manusia mereka dan memberikan gaji kepada pelaku-pelakunya. AS memilih untuk menggunakan maklumat dan pengalaman biosenjata para penyelidik itu dalam program peperangan mereka sendiri (serupa Operasi Paperclip), begitu juga Kesatuan Soviet dalam membina pusat biosenjata mereka di Sverdlovsk menggunakan dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Unit itu di Manchuria.

Bacaan lanjut

  • Barenblatt, Daniel. A Plague Upon Humanity: The Secret Genocide of Axis Japan's Germ Warfare Operation, HarperCollins, 2004. ISBN 0060186259.
  • Barnaby, Wendy. The Plague Makers: The Secret World of Biological Warfare, Frog Ltd, 1999. ISBN 1883319854, ISBN 0756756987, ISBN 0826412580, ISBN 082641415X.
  • Cook, Haruko Taya; Cook, Theodore F. Japan at war: an oral history, New York: New Press: Diedarkan oleh Norton, 1992. ISBN 1565840143. Cf. Bahagian 2, Bab 6 pada Unit 731 dan Tamura Yoshio.
  • Endicott, Stephen and Hagerman, Edward. The United States and Biological Warfare: Secrets from the Early Cold War and Korea, Indiana University Press, 1999. ISBN 0253334721.
  • Felton, Mark. The devil's doctors: Japanese Human Experiments on Allied Prisoners of War, Pen & Sword, 2012. ISBN 978-1848844797
  • Gold, Hal. Unit 731 Testimony, Charles E Tuttle Co., 1996. ISBN 4900737399.
  • Grunden, Walter E., Secret Weapons & World War II: Japan in the Shadow of Big Science, University Press of Kansas, 2005. ISBN 0700613838.
  • Handelman, Stephen and Alibek, Ken. Biohazard: The Chilling True Story of the Largest Covert Biological Weapons Program in the World – Told from Inside by the Man Who Ran It, Random House, 1999. ISBN 0375502319, ISBN 0385334966.
  • Harris, Robert and Paxman, Jeremy. A Higher Form of Killing: The Secret History of Chemical and Biological Warfare, Random House, 2002. ISBN 0812966538.
  • Harris, Sheldon H. Factories of Death: Japanese Biological Warfare 1932–45 and the American Cover-Up, Routledge, 1994. ISBN 0415091055, ISBN 0415932149.
  • Lupis, Marco. "Orrori e misteri dell'Unità 731: la 'fabbrica' dei batteri killer", La Repubblica, 14 April 2003,
  • Mangold, Tom; Goldberg, Jeff, Plague wars: a true story of biological warfare, Macmillan, 2000. Cf. Bab 3, Unit 731.
  • Moreno, Jonathan D. Undue Risk: Secret State Experiments on Humans, Routledge, 2001. ISBN 0415928354.
  • Nie, Jing Bao, et al. Japan's Wartime Medical Atrocities: Comparative Inquiries in Science, History, and Ethics (2011) excerpt and text search
  • Tsuneishi, Keiichi (November 24, 2005). "Unit 731 and the Japanese Imperial Army's Biological Warfare Program". The Asia-Pacific Journal. Jilid 3, Isu 11. ID Artikel 2194.
  • Williams, Peter and Wallace, David. Unit 731: Japan's Secret Biological Warfare in World War II, The Free Press, A Division of Macmillan, Inc., New York. 1989. ISBN 0029353017.
  • Yang, Yan-Jun and Tam, Yue-Him. Unit 731: Laboratory of the Devil, Auschwitz of the East, Fonthill Media., UK. 2018. ISBN 978-1781556788.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan

Read next

In 57 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article