factograf
MS

Ungulat

Ungulat

Key facts

contohtakson
nama taksonUngulata
pangkat taksonorder
dijelaskan oleh sumberKamus Ensiklopedia Brockhaus dan Efron

Ungulat merupakan sekelompok mamalia pelbagai jenis yang rata-rata menggunakan hujung jari kaki untuk menampung seluruh berat badannya sambil bergerak. Istilah "ungulat" bermaksud "haiwan bertelapuk". Sebagai istilah takrifan, "ungulat" lazimnya tidak termasuk ahli-ahli Cetacea yang tidak memiliki kebanyakan ciri-ciri morfologi ungulat; namun penemuan terbaru mendapati bahawa Cetacea adalah keturunan dari ahli-ahli purba Artiodactyla, dan oleh itu bersaudara langsung dengan ungulat berjari genap seperti lembu, lebih-lebih lagi dengan badak air sebagai saudara paling rapatnya yang masih wujud.

Pengelasan

Kuda belang dataran
Kuda belang dataran
Badak sumbu hitam
Badak sumbu hitam
Rusa Père David
Rusa Père David
Badak air
Badak air
Paus biru
Paus biru
Dolfin am
Dolfin am
6 images

Sejarah

Ungulata yang dahulunya dikira sebagai order, kini terpecah kepada yang berikut: Perissodactyla (ungulat berjari ganjil), Artiodactyla (ungulat berjari genap), Tubulidentata (aardvark), Hyracoidea (hiraks/wabar), Sirenia (dugong dan manati), dan Proboscidea (gajah) menurut perkaitan sesama mereka yang terdapat pada rekod fosil.

Akan tetapi, kajian morfologi dan molekul baru-baru ini telah mendapati bahawa aardvark, hiraks, dugong, dan gajah lebih rapat bersaudara dengan sengi, tanderak, dan tikus tanah mas daripada ahli-ahli Perissodactyla dan Artiodactyla dan juga daripada Afrotheria. Gajah, dugong dan hiraks digolongkan dalam klad Paenungulata, sementara aardvark dianggap sebagai saudara rapat dengan Paenungulata ataupun rapat dengan segi dalam klad Afroinsectiphilia. Ini merupakan satu contoh evolusi tumpu yang ketara.

Kini terdapat pertikaian sama ada Ungulata ini merupakan kelompok klados (asas evolusi) ataupun sekadar kelompok fenetik (takson bentuk) atau takson rakyat (serupa tetapi tidak semestinya bersaudara). Sesetengah kajian sememangnya mendapati bahawa ungulat berjari ganjil mahupun genap membentuk satu salasilah monofiletik, iaitu bersaudara rapat dengan ahli-ahli Carnivora dan tenggiling dalam klad Fereuungulata, ataupun dengan kelawar. Kajian-kajian lain mendapati bahawa kedua-dua order ini tidak begitu rapat bersaudara, iaitu ada yang mengaitkan Perissodactyla dengan kelawar dalam Pegasoferae dan ada juga yang mengaitkan Artiodactyla sebagai saudara rapat kelawar.

Taksonomi

Yang berikut adalah ringkasan taksonomi (dengan tanggapan bahawa ungulat sememangnya satu kelompok semula jadi) dengan keluarga-keluarga yang masih wujud mengikut turutan hubungan mereka. Sila ingat bahawa masih terdapat beberapa titik pertikaian seperti hubungan keluarga-keluarga Pecora dengan paus balin. Rujuk setiap keluarga untuk hubungan sesama spesies dan juga pertikaian dalam rencana masing-masing.

  • Ungulata (=Euungulata)
    • Perissodactyla (Ungulat berjari ganjil)
    • Artiodactyla (=Cetartiodactyla) (Ungulat berjari genap)
      • Tylopoda
        • Camelidae: Unta dan Llama
      • Artiofabula
        • Suina
          • Tayassuidae: Babi Liar Dunia Baru
          • Suidae: Babi
        • Cetruminantia
          • Ruminantia
          • Whippomorpha
            • Hippopotamidae: Badak Air
            • Cetacea
              • Mysticeti
                • Balaenidae: Paus Kepala Busur dan Paus Sikat
                • Cetotheriidae: Paus Sikat Kerdil
                • Eschrichtiidae: Paus Kelabu
                • Balaenopteridae: Rorqual
              • Odontoceti
                • Physeteroidea
                  • Physeteridae: Paus Sperma
                  • Kogiidae: Paus Sperma Kecil
                • Platanistoidea
                  • Platanistidae: Dolfin Sungai India
                • Ziphioidea
                • Lipotoidea
                  • Lipotidae: Baiji (pupus sc. fungsi)
                • Inioidea
                  • Iniidae: Dolfin Sungai Amazon
                  • Pontoporiidae: Dolfin La Plata
                • Delphinoidea
                  • Monodontidae: Beluga dan Narwhal
                  • Phocoenidae: Lumba-Lumba
                  • Delphinidae: Dolfin Laut

Read next

In 66 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article