factograf
MS

Times Square

Times Square

Key facts

masa permulaan1905
contohmedan bandar, kejiranan
negaraAmerika Syarikat
terletak di entiti wilayah pentadbiranManhattan

Times Square adalah satu persimpangan jalan komersil utama di majlis perbandaran di Manhattan, Bandar Raya New York. Ia terletak dipersimpangan jalan Broadway dan Seventh Avenue dan mengunjur dari barat Jalan ke-42 sehingga ke barat ke-47. Kawasan Times Square yang diperluaskan, yang dikenali sebagai Daerah Theatre, mengandungi blok-blok di antara Lebuh Keenam sehingga Lebuh Kelapan bermula dari timur ke barat, dan barat Jalan ke-40 dan barat ke-53 bermula dari selatan ke utara, membina bahagian barat di kawasan komersil Midtown Manhattan.

Dahulunya dikenali dengan nama Longacre Square, Times Square telah dinamakan semula pada bulan April 1904 selepas akhbar The New York Times memindahkan ibu pejabatnya ke Bangunan Times yang baru dibina, yang mana kini dikenali sebagai One Times Square dan menjadi tapak bagi acara tahunan jatuhan bola pada Malam Tahun Baru. Times Square, atau nama gelarannya "Persimpangan Dunia" dan "Jalan Putih Besar," mencapai status sebagai mercu tanda ikon dunia dan menjadi simbol Kota New York dan Amerika Syarikat.

Rujukan

Nota
Bibliografi
  • The Devil's Playground: A Century of Pleasure and Profit in Times Square by James Traub (ISBN 0-375-50788-4)

Read next

In 70 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article