factograf
MS

Tasik Tabariyah

Tasik Tabariyah

Key facts

keluasan168km²
ketinggian dari aras laut-213.65m
negaraIsrael
terletak di entiti wilayah pentadbiranTiberias
dijelaskan oleh sumberPauly–Wissowa
All data from the card 16
Koordinat
32°50′U 35°35′T / 32.833°U 35.583°T
Jenis
Monomictic
Aliran masuk utama
Hulu sungai Jordan dan punca setempat
Aliran keluar utama
Hilir sungai Jordan, pengewapan
Kawasan tadahan
2,730 km2 (1,050 bt2)
Negara lembangan
Palestin/Israel, Syria, Lebanon
Panjang maksimum
21 km (13 bt)
Lebar maksimum
13 km (8.1 bt)
Luas permukaan
166 km2 (64 bt2)
Kedalaman purata
25.6 m (84 ka)
Kedalaman maksimum
43 m (141 ka)
Isi padu air
4 km3 (0.96 bt3)
Masa mastautin
5 tahun
Panjang pesisir1
53 km (33 bt)
Ketinggian permukaan
-209 m (686 ka)
Pulau
2

Tasik Tabariyah (Arab: بُحَيْرَةْ طَبَرِيَّا‎, rumi: Buḥayrat Ṭabariyyā, Ibrani: ים כנרת, rumi: Yam Kinéret, bahasa Inggeris: Sea of Galilee) ialah sejenis tasik air tawar terletak dalam kawasan Palestin berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki). Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).

Geografi

Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan, pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee.

Ekologi

Laut Galilee menempatkan flora dan fauna yang menyumbang kepada kegiatan perikanan di laut tersebut. Spesies-spesies yang wujud termasuk zooplankton, benthos serta spesies-spesies ikan seperti Acanthobrama terraesanctae.

Dalam agama

Islam

Laut Galilee telah menjadi subjek dalam satu petikan hadis daripada Sahih Muslim yang menerangkan bahawa Ya’juj dan Ma’juj akan minum air dari Tasik Tabari (Laut Galilee) sehingga habis ketika hampir hari kiamat.

Read next

In 89 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article