factograf
MS
Sign in

tangkai pada daun

Tangkai daun

Tangkai daun

Dalam botani, tangkai daun mencantumkan sehelai daun pada batang dahan pokok. Tangkai daun boleh pendek ataupun panjang seperti tangkai daun saderi dan rubarb. Tangkai-tangkai ini mampu memusingkan daun-daun tumbuhan agar menghadap sinaran cahaya matahari, dedaun banyak spesies tumbuhan disusun tangkai-tangkainya dalam pelbagai bentuk.

Bahagian yang tumbuh dari setiap sisi tangkai daun pada sesetengah spesies disebut stipul. Tidak semua spesies tumbuhan mempunyai daun-daun yang bertangkai; contohnya, spesies-spesies keluarga Orobanchaceae dan beberapa spesies genus Veronica.

  • Tangkai daun rubarb dengan helai daun tercantum yang dituai.
    Tangkai daun rubarb dengan helai daun tercantum yang dituai.
  • Pulvina pada kededua hujung tangkai daun Elaeocarpus multiflorus.
    Pulvina pada kededua hujung tangkai daun Elaeocarpus multiflorus.

Read next

In 44 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article