factograf
MS
Sign in

Sultan Brunei

Sultan Muhammad Tajuddin

Sultan Muhammad Tajuddin

Key facts

tarikh lahir1750
tarikh kematian1807
tempat lahirBandar Seri Begawan
tempat kematianBandar Seri Begawan
All data from the card 10
Pemerintahan
1- 1795 - 1804 2- 1804 - 1807
Pendahulu
1 - Omar Ali Saifuddin I 2 - Muhammad Jamalul Alam I
Pengganti
= 1 - Muhammad Jamalul Alam I 2-Muhammad Kanzul Alam
Pasangan
Raja Isteri BulanDayang Asiah
Ayahanda
Omar Ali Saifuddin I
Bonda
Pengiran Anak Nur Alam
Keputeraan
محمد تاج الدينIstana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan
11 Februari 1807Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Dimakamkan
Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Agama
Islam

Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I adalah Sultan Brunei ke 20 dan 22, memerintah sebanyak dua kali iaitu mulai 1795 sehingga 1804 dan mulai 1804 sehingga 1807.

Sebelum menjadi sultan, pada tahun 1780, baginda dilantik oleh ayahanda baginda sebagai Yang Di-Pertuan Muda dan memakai gelaran Paduka Seri Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I. Dengan perlantikan ini, baginda mempunyai kuasa untuk memerintah walaupun pada hakikatnya ayahanda baginda masih menjadi Sultan dengan gelaran Yang Di-Pertuan Besar. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi menggantikan ayahanda baginda yang mangkat pada 10 Julai 1795.Baginda pernah menghantar utusan ke China untuk memasarkan barang-barang Brunei di sana. Baginda juga pernah menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol di Manila. Baginda menitahkan Khatib Haji Abdul Latif menyuratkan Salasilah Raja-Raja Brunei dan menitahkan supaya membuat rumah wakaf untuk jemaah haji Brunei di Makkah. Sepanjang hidup baginda, baginda mendirikan rumah tangga bersama dua orang isteri. Mereka adalah Raja Isteri Pengiran Anak Bulan dan Dayang Asiah.

Hasil perkahwinan baginda, baginda dikurniakan lapan orang putera; iaitu:

Pengiran Muda Besar Saiful Rizal (putera kepada Raja Isteri Pengiran Anak Bulan) Pengiran Muda Tengah Muhammad Alam (putera kepada Raja Isteri Pengiran Anak Bulan) Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Muhammad Yusuf (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Yakub (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Arshad (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Paduka Tuan Pengiran Anak Ishak (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Muhammad Ali (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Bima (putera kepada Dayang Asiah)

Baginda pernah turun dari takhta kerajaan pada 27 April 1804 dan menyerahkannya kepada anakanda baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Namun pemerintahan anakanda baginda amatlah singkat dan mangkat pada tahun 1804. Selepas kemangkatan anakanda baginda, baginda sekali lagi menaiki takhta kerajaan pada 10 November 1804. Pada 11 Februari 1807, baginda mangkat dan diganti oleh Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Penyandang TerdahuluSultan Brunei
1795 – 1804
Penyandang KemudianOmar Ali Saifuddin IMuhammad Jamalul Alam I


Penyandang TerdahuluSultan Brunei
1804 – 1807
Penyandang KemudianMuhammad Jamalul Alam IMuhammad Kanzul Alam

Read next

In 5 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article