Stone Music Entertainment (Hangul: 스톤 뮤직 엔터테인먼트) ialah syarikat hiburan Korea Selatan di bawah Bahagian Divisyen E&M bagi CJ ENM. Syarikat ini kini merupakan salah satu syarikat penerbit bersama terbesar di Korea Selatan. Ia beroperasi sebagai syarikat rakaman, agensi bakat, syarikat penerbitan muzik, pengurusan acara, perusahaan penerbitan konsert, rumah penerbitan muzik, dan pelaburan.
Stone Music Entertainment (dahulunya dikenali sebagai CJ E&M Music) dinobatkan sebagai Pengedar Muzik Terbaik Tahun Ini di Anugerah K-Pop Carta Gaon pada tahun 2014.
Pautan luaran
- Tapak sesawang rasmi
- Saluran Stone Music Entertainment di YouTube
