factograf
MS
Sign in

Skon

Skon
All data from the card 4
Jenis
Kek atau roti cepat
Tempat asal
United Kingdom
Bahan utama
Gandum, barli atau oat
Bahan yang biasa digunakan
Gandum, Barli, avena sativa, Agen penaik

Skon (bahasa Inggeris: scone; Jawi: ‏سكون‎‎) ialah sejenis roti cepat/kek yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, barli atau mil oat dengan serbuk penaik sebagai agen pengikat dan dibakar di atas kuali leper. Skon popular di United Kingdom, Ireland, Kanada, Australia dan New Zealand. Skon sering diperisakan manis dan kadangkalanya diberus dengan lapisan kuning telur sebelum dibakar. Ia ialah komponen asas hidangan-hidangan teh krim (cream tea) atau Devonshire (Devonshire tea). Kuih ini berbeza daripada pai epal atau mana-mana roti manis lain yang dibuat dengan menggunakan yis.

Jenis

Arah jam dari bawah: skon tattie panas bermentega di sebelah skon keju, skon sirap hitam yang berkilat dan rata, skon titis, dan skon susu di atas skon buah.
Arah jam dari bawah: skon tattie panas bermentega di sebelah skon keju, skon sirap hitam yang berkilat dan rata, skon titis, dan skon susu di atas skon buah.

Skon orang Britain sering kali mempunyai rasa manis, tapi ada juga skon yang dibuat dengan rasa berlauk. Isinya termasuk kismis, buah anggur, keju atau kurma. Di Scotland dan Ulster, skon jenis berlauk termasuk soda scone (atau soda farls) dan skon kentang (dikenali sebagai tattie scone) yang menyerupai lempeng kecil nipis berlauk yang diperbuat daripada kanji kentang. Skon kentang paling biasanya digoreng dan dihidangkan dalam hidangan full Scottish breakfast atau Ulster fry.

Jenis skon lain yang sering didapati ialah skon titis (drop scone) yang berbentuk seakan-akan penkek yang mana adunan dituangkan ke pemanggang atau kuali untuk memasaknya, dan skon air limau (lemonade scone) yang dibuat dengan air limau dan krim menggantikan mentega dan susu. Terdapat juga skon buah (fruit scone/fruited scone) yang berbentuk seperti skon bulat biasa, dibuat dengan mencampurkan buah-buahan seperti anggur, sultana, kulit buah dan halwa ceri dalam doh.

Etimologi

Asal usul perkataan scone tidak jelas dan mungkin berasal daripada beberapa sumber. Asal usul perkataan 'scone' yang paling diterima secara meluas ialah istilah Gaelik Scotland, iaitu sgonn yang bermaksud ketulan atau jisim yang besar, mencerminkan bentuk asalnya sebagai roti yang dibentukkan bentuk tangan secara kasar. Makanan ini juga dinyatakan dalam puisi Gavin Douglas pada tahun 1513, Aeneid. Etimologi lain yang dicadangkan seperti schoonbrood Belanda Tengah (roti putih halus), kurang disokong dalam kajian linguistik. Istilah Jerman Rendah Tengah (Middle Low German) schöne yang bermaksud roti halus mungkin juga memainkan peranan dalam asal usul perkataan ini.

Read next

In 35 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article