factograf
MS
Sign in

Permaisuri Thailand

Sirikit

Sirikit

Key facts

tarikh lahir12 Ogos 1932
tarikh kematian24 Oktober 2025
lagu rasmiPhleng Sansasoen Phra Barami
pekerjaanpenulis, negarawan, ahli politik
tempat lahirPathum Wan
pasanganBhumibol Adulyadej
All data from the card 11
Gelaran
Pemangku Raja Thailand (22 Oktober 1956 - 13 Oktober 2016)Ratu Thailand (28 April 1950 - 22 Oktober 1956)Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara (12 Ogos 1932 - 28 April 1950)
Keputeraan
12 Ogos 1932
Tempat keputeraan
Wang Mai, Bangkok, Thailand
Mangkat
24 Oktober 2025 (umur 93)
Tempat mangkat
Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn, Thailand
Pasangan
28 April 1950 - 13 Oktober 2016
Pasangan
Bhumibol Adulyadej
Anakanda
Puteri UbolratanaPutera Mahkota Maha VajiralongkornPuteri Maha Chakri SirindhornPuteri Chulabhorn
Kerabat diraja
Dinasti Chakri
Ayahanda
Nakkhatra Mangala Kitiyakara
Bonda
Bua Kitiyakara

Sirikit atau nama penuh baginda Somdet Phra Nang Chao Sirikit Phra Borommarachininat (diputerikan pada 12 Ogos 1932) ialah permaisuri kepada Raja Bhumibol Adulyadej dan bonda kepada Vajiralongkorn raja penguasa Thailand.

Keluarga

Baginda diputerikan di rumah Jeneral Chao Phraya Wongsanuprapat (Mom Rajawongse Staan Snidwongse), datuknya di Bangkok.

Sirikit menerima pendidikan di Saint Francis Xavier iaitu sebuah sekolah Katholik. Beliau mempunyai seorang adik yang bernama Busba. Semasa kecil, bapanya menjadi duta di Perancis, Denmark dan United Kingdom. Oleh itu Sirikit menyambung pengajian di Switzerland.

Lahir sebagai Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara, beliau merupakan anak sulung Kolonel Mom Chao Nakkhatra Mangkala Kitiyakara. Ibunya bernama Mom Luang Bua Kitiyakara. Datuknya pula ialah Putera Kitiyakara Voralaksana.

Perkahwinan

Ketika belajar di Switzerland, Sirikit telah bertemu dengan Raja Bhumibol Adulyadej yang juga belajar di sana. Apabila Bhumibol cedera akibat kemalangan motosikal dan dimasukkan ke Hospital Lausanne, Sirikit telah datang melawat dan menjaganya. Pada 19 Julai 1949, mereka bertunang di Lausanne. Pada Mac 1950, Bhumibol pulang ke Thailand dan pada 28 April mereka berkahwin di Istana Pathumwan, Bangkok.

Mereka mempunyai 4 orang putera-puteri iaitu:

Salah seorang cucunda mereka, Bhumi Jensen / Khun Poom terbunuh semasa gempa bumi Lautan Hindi 2004. Beliau anak Puteri Ubol Ratana dan suami Amerikanya, Peter Ladd Jensen.

Read next

In 50 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article