factograf
MS
Sign in

nama umum burung

Seruk

Seruk

Seruk atau siul ialah sejenis burung galiform bersaiz sedang dalam beberapa genus berbeza, dengan taburan asli meluas di sebahagian Eropah, Asia dan Afrika. Beberapa spesies telah diperkenalkan ke Amerika. Ia terkadang dikelompokkan dalam Perdicinae, subkeluarganya Phasianidae (kuang, puyuh, dsb.). Namun, kajian molekul menunjukkan bahawa seruk bukanlah takson tersendiri dalam superkeluarga Phasianoidea kerana beberapa spesies lebih dekat dengan kuang, sedangkan yang lain lebih dekat dengan ayam hutan.

Senarai spesies

  • Genus Lerwa
  • Genus Tetraophasis
  • Genus Alectoris
    • Seruk Arab, Alectoris melanocephala
    • Seruk batu China, Alectoris magna
    • Seruk batu, Alectoris graeca
    • Seruk batu biasa, Alectoris chukar
    • Seruk Philby, Alectoris philbyi
    • Seruk Barbar, Alectoris barbara
    • Seruk kaki merah, Alectoris rufa
  • Genus Ammoperdix
    • Seruk si-si, Ammoperdix griseogularis
    • Seruk pasir, Ammoperdix heyi
  • Genus Perdix
  • Genus Rhizothera
    • Selanting biasa, Rhizothera longirostris
    • Selanting gunung, Rhizothera dulitensis
  • Genus Margaroperdix
    • Seruk Madagaskar, Margaroperdix madagascarensis
  • Genus Melanoperdix
  • Genus Xenoperdix
    • Seruk hutan Rubeho, Xenoperdix obscuratus
    • Seruk hutan Udzungwa, Xenoperdix udzungwensis
  • Genus Arborophila, atau seruk gunung
    • Seruk gunung ubun coklat, Arborophila torqueola
    • Seruk gunung Sichuan, Arborophila rufipectus
    • Seruk gunung sungai Himalaya, Arborophila mandellii
    • Seruk gunung sungai Cina, Arborophila gingica
    • Seruk gunung rengkung merah, Arborophila rufogularis
    • Seruk gunung belukar, Arborophila atrogularis
    • Seruk gunung Taiwan, Arborophila crudigularis
    • Seruk gunung Hainan, Arborophila ardens
    • Seruk gunung perut coklat, Arborophila javanica
    • Seruk gunung muka putih, Arborophila orientalis
    • Seruk gunung bersisik utara, Arborophila brunneopectus
    • Seruk gunung leher jingga, Arborophila davidi
    • Seruk gunung bersisik selatan, Arborophila cambodiana
    • Seruk gunung Borneo, Arborophila hyperythra
    • Seruk gunung paruh merah, Arborophila rubrirostris
    • Seruk gunung Sumatera, Arborophila sumatrana
  • Genus Tropicoperdix
    • Seruk bukit kaki hijau, Tropicoperdix chloropus
    • Seruk bukit kaki kuning, Tropicoperdix charltonii
  • Genus Caloperdix
    • Seruk rimba jingga, Caloperdix oculea
  • Genus Haematortyx
  • Genus Rollulus
  • Genus Bambusicola
    • Seruk buluh gunung, Bambusicola fytchii
    • Seruk buluh Cina, Bambusicola thoracica

Pautan luar

  • Videos, photos and sounds - Internet Bird Collection

Read next

In 39 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article