factograf
MS
Sign in

Ryan Dunn

Ryan Dunn

Key facts

tarikh lahir11 Jun 1977
tarikh kematian20 Jun 2011
pekerjaanpelagak ngeri, peserta rancangan realiti
tempat lahirMedina
All data from the card 9
Kelahiran
Ryan Matthew Dunn11 Jun 1977Medina, Ohio, A.S.
Meninggal dunia
Jun 20, 2011 (umur 34)West Goshen Township, Pennsylvania, A.S.
Sebab kematian
Kemalangan kereta
Dikebumikan
Highland Drive Cemetery, Brecksville, Ohio, A.S.
Nama lain
Random HeroPrima DunnaPlugs
Pekerjaan
Stunt performer, television personality, actor, comedian
Tahun aktif
1997–2011
Terkenal kerana
Pelakon Jackass
Rakan kongsi domestik
Angie Cuturic (2002–2011; kematiannya)

Ryan Matthew Dunn (11 Jun 1977 – 20 Jun 2011) merupakan seorang pemain lagak ngeri Amerika Syarikat, personaliti televisyen, pelakon, pelawak, dan salah seorang bintang rancangan aksi realiti MTV Jackass dan francais filemnya.

Dunn menjadi terkenal pada penghujung 1990-an sebagai ahli krew CKY bersama rakan lamanya Bam Margera, yang banyak melakukan aksi dan gurauan yang melampau serta merakamnya dalam video, yang membawa kepada kebangkitan Jackass. Beliau juga menjadi hos dalam siri TV Homewrecker dan Proving Ground, dan muncul dalam filem cereka Blonde Ambition dan Street Dreams, serta dalam filem Margera Haggard dan Minghags. Dunn meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 2011 pada usia 34 tahun.

Kehidupan awal

Dunn dilahirkan di Medina, Ohio, dan menghabiskan banyak masa kecilnya di Brecksville, Ohio.  Beliau dibesarkan di Williamsville, New York, sebelum berpindah ke West Chester, Pennsylvania, di mana beliau pergi ke West Chester East High School dan bertemu rakan bintang Jackass Bam Margera pada hari pertama persekolahan.

Kehidupan peribadi

Dari 2002 hingga kematiannya, beliau menjalin hubungan jangka panjang dengan Angie Cuturic, yang mengambil bahagian dalam debut arahan Margera Haggard: The Movie dan kemudiannya Minghags.

Kematian

Tugu peringatan di tepi jalan ditinggalkan di tapak nahas
Tugu peringatan di tepi jalan ditinggalkan di tapak nahas

Pada 20 Jun 2011, lebih kurang jam 3:30 pagi EDT, Dunn dan Zachary Hartwell, pembantu produksi Jackass Number Two, kembali dari Barnaby's West Chester, bar West Chester, kenderaan dinaiki mereka Porsche 911 GT3 terkeluar dari jalan dan melanggar pokok, selepas itu Porsche terbakar di West Goshen Township, Chester County, Pennsylvania. Dunn yang berusia 34 tahun dan Hartwell yang berusia 29 tahun terbunuh dalam nahas itu. Dunn dikebumikan di Tanah Perkuburan Highland Drive di Brecksville, Ohio.

Read next

In 29 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article