factograf
MS
Sign in

pereka dan pengeluar jam tangan mewah Switzerland

Rolex

Rolex

Key facts

masa permulaan1905
contohperniagaan, tanda dagangan
negaraSwitzerland
pengasasHans Wilsdorf
All data from the card 16
Nama asli
Rolex
Jenis/bentuk sah
Swasta
Industri
Pembuatan jam mewah
Ditubuhkan
London, United Kingdom(1905) (Wilsdorf and Davis)1915 (Rolex Watch Co. Ltd)1920 (Montres Rolex S.A.)
Pengasas
Hans Wilsdorf Alfred Davis
Ibu pejabat
Geneva, Switzerland
Kawasan perkhidmatan
Seluruh dunia
Tokoh penting
Bertrand Gros (Pengerusi)Jean-Frédéric Dufour (CEO)
Keluaran
Jam
Hasil pengeluaran
800,000 (2019)
Hasil
$5.2 bilion (2019)
Pemilik
Fondation Hans Wilsdorf
Bilangan kakitangan
4,000
Syarikat induk
Hans Wilsdorf foundation
Anak syarikat
Montres Tudor SA
Tapak web
rolex.com

Rolex SA () ialah pengilang jam mewah Switzerland berpangkalan di Geneva, Switzerland. Pada asalnya diasaskan sebagai Wilsdorf and Davis oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis di London, England pada 1905, syarikat ini mendaftarkan Rolex sebagai nama jenama jamnya pada 1908 dan menjadi Rolex Watch Co. Ltd. pada 1915. Selepas Perang Dunia I, syarikat ini memindahkan pangkalan operasinya ke Geneva berikutan situasi ekonomi yang tidak dijangka di pasca perang Britain, dan pada 1920 Hans Wilsdorf mendaftarkan Montres Rolex SA di Geneva sebagai nama baru syarikat yang akhirnya menjadi Rolex SA pada tahun-tahun berikutnya. Sejak 1960, syarikat itu telah dimiliki oleh Yayasan Hans Wilsdorf.

Rolex SA dan anak syarikatnya Montres Tudor SA mereka bentuk, mengilang, mengedar dan menawarkan perkhidmatan menjual jam tangan di bawah jenama Rolex dan Tudor. Pada tahun 2018, Forbes menamakan Rolex sebagai jenama ke-71 paling berharga di dunia. Sehingga Jun 2019, antara jam tangan paling mahal pernah dijual semasa lelongan 10 teratas di dunia, tiga daripadanya ialah Rolex. Misalnya, Rolex Daytona Paul Newman kini memegang gelaran jam tangan kedua paling mahal dan jam tangan paling mahal ketiga pernah dijual di lelongan, meningkat kepda 17.75 juta Dolar AS di New York pada 26 Oktober 2017. Rolex ialah pengilang terbesar kronometer diperakui buatan Switzerland. Pada tahun 2005, lebih daripada separuh pengeluaran tahunan Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres (COSC) ialah jam keluaran Rolex. Setakat ini, Rolex masih memegang rekod untuk pergerakan kronometer diperakui dalam kategori jam tangan.

Read next

In 63 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article