Richard Ruoff (18 Ogos 1883 – 30 Mac 1967) adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-4 Panzer dan Tentera Darat Ke-17 di Perbatasan Timur.
Perang Dunia II
Ruoff mengambil alih pemerintahan Kor V pada 1 Mei 1939, dan memimpin unit ini dalam Perang Dunia II. Beliau juga pada masa yang sama memerintah Wehrkreis V di Stuttgart. Ruoff kemudian diberi memerintah Tentera Darat Ke-4 Panzer dari 8 Januari 1942 hingga 31 Mei 1942. Tentera Darat Ke-4 Panzer adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A yang baru dibentuk apabila Kumpulan Tentera Darat Selatan dipecahkan kepada dua formasi untuk penyerangan musim panas 1942.
Ruoff memerintah Tentera Darat Ke-17 dari 1 Jun 1942 hingga 24 Jun 1943. Tentera Darat Ke-17 juga adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A. Ruoff adalah Panglima Tentera Darat Ke-17 apabila, pada 3 Jun 1942, Kor Ekspedisi Itali di Rusia (CSIR) diletakkan sementara dibawahnya. Dari Jun hingga Julai, Tentera Darat Ke-17 Jerman, CSIR, dan Tentera Darat Ke-3 Romania telah disusun sebagai "Kumpulan Tentera Darat Ruoff". Pada Julai 1942, Ruoff kehilangan unit Itali itu. CSIR telah diserap oleh Tentera Darat Itali di Rusia (Armata Italiana in Russia, atau ARMIR) yang lebih besar dan dipindahkan ke Kumpulan Tentera Darat B (Heeresgruppe B).
Semasa hujung musim panas, sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A, Ruoff dan Tentera Darat Ke-17 menyerang ke arah medan minyak Caucasus. Menjelang Disember, tentera Soviet telah memusnahkan ketumbukan-ketumbukan yang mempertahankan bahagian rusuk (termasuk ARMIR) dan telah mengepung Tentera Darat Ke-6 Jerman di Stalingrad. Kumpulan Tentera Darat B telah diundurkan dari selatan Rusia tetapi Ruoff dan Tentera Darat Ke-17 diarah mempertahankan "Pangkalan terdepan Kuban." Pada Jun 1943, beliau telah ditukarkan ke pasukan simpanan, dan tidak lagi dilihat bertugas sehingga perang berakhir.
Tuduhan-tuduhan serius jenayah perang telah dikenakan keatas Tentera Darat Ke-17 dibawah pemerintahan Ruoff pada tahun 1943 dalam Perbicaraan Krasnodar yang dijalankan oleh tribunal tentera Barisan Caucasia Utara Soviet. Walaubagaimanapun, selepas perang, pihak Soviet Union tidak memohon ekstradisi Ruoff.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Fahnenjunker - 15 April 1903
- Leutnant - 18 Ogos 1904 (dengan senioriti dari 19 Ogos 1903)
- Oberleutnant - 18 Ogos 1912
- Hauptmann - 28 November 1914
- Major - 1 Julai 1926
- Oberstleutnant - 1 Februari 1931
- Oberst - 1 Julai 1933
- Generalmajor - 1 April 1936
- Generalleutnant - 1 Mac 1938
- General der Infanterie - 1 Mei 1939
- Generaloberst - 1 April 1942
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 2 dan Kelas 1
- Knight Cross Military Merit Order (Württemberg)
- Knight Cross, Friedrich Order Kelas 1 (Württemberg)
- Pingat Semat Iron Cross (1939)
- Kelas 2
- Kelas 1
- Knight Cross of the Iron Cross pada 30 Jun 1941 selaku General der Infanterie dan Panglima V. Armeekorps
Rujukan
Petikan
Bibliografi
| Pegawai tentera | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh General der Infanterie Hermann Geyer |
Panglima V. Armeekorps 1 Mei 1939 – 12 Januari 1942 |
Diikuti oleh: General der Infanterie Wilhelm Wetzel |
| Didahului oleh Generaloberst Erich Höpner |
Panglima 4. Panzer-Armee 8 Januari 1942 – 31 Mei 1942 |
Diikuti oleh: Generaloberst Hermann Hoth |
| Didahului oleh Generaloberst Hans von Salmuth |
Panglima 17. Armee 1 Jun 1942 – 24 Jun 1943 |
Diikuti oleh: Generaloberst Erwin Jaenecke |
