factograf
MS

RNA polimerase

RNA polimerase
All data from the card 13
Nombor EC
2.7.7.6
Nombor CAS
9014-24-8
IntEnz
Lihat IntEnz
BRENDA
Entri BRENDA
ExPASy
Lihat NiceZyme
KEGG
Entri KEGG
MetaCyc
Laluan metabolik
PRIAM
Profil
Struktur PDB
RCSB PDBPDBjPDBe PDBsum
Ontologi gen
AmiGO / EGO
PMC
Rencana
PubMed
Rencana
NCBI
Protein

Dalam biologi molekul, RNA polimerase (disingkatkan menjadi RNAP atau RNApol), atau secara khususnya RNA polimerase bersandarkan DNA, ialah enzim yang memangkinkan tindak balas kimia dalam proses sintesis molekul RNA daripada bebenang DNA yang bertindak sebagai templat.

Bersama-sama dengan enzim helikase, dalam proses transkripsi, RNA polimerase akan membuka pintalan bebenang heliks ganda dua DNA setempat supaya bebenang DNA tunggal boleh terbentuk dengan nukleotida terdedah, yang mana ia digunakan sebagai templat untuk mensintesis molekul mRNA belum matang. Faktor transkripsi dan kompleks perantara transkripsi berkaitan mestilah bergabung pada tapak pengikatan DNA, yang dikenali sebagai bahagian penggalak sejurus sebelum RNA polimerase boleh membuka pintalan bebenang heliks ganda dua DNA pada kedudukan berkenaan untuk memulakan proses transkripsi. RNA polimerase bukan sahaja memulakan transkripsi, malah turut membantu meletakkan nukleotida berada pada kedudukannya, mempermudah pelekatan dan pemanjangan, mempunyai pembacaan pruf (proofreading) dan penggantian secara intrinsik, serta keupayaan mengenal pasti penamatan.

RNA polimerase sangat berguna dalam kehidupan seharian dan dijumpai dalam semua organisma hidup dan kebanyakannya virus. Bergantung kepada organisma, RNA polimerase boleh menjadi kompleks protein atau hanya mempunyai subunit tunggal, masing-masing dipersembahkan sebagai galur keturunan bebas. Yang terdahulu dijumpai dalam bakteria, arkea, dan eukariot berkongsi struktur teras dan mekanisme yang serupa. Yang kemudian dijumpai dalam bakteriofaj, begitu juga kloroplas dan mitokondria eukariot, dan ia saling berkaitan dengan DNA polimerase moden.

Peranan

RNA polimerase mengawal proses transkripsi gen menyebabkan corak pada ekspresi gen, dan membenarkan sell untuk beradaptasi mengikut persekitaran yang berubah-ubah. Selain itu, RNA polimerase memainkan peranan khusus dalam organisasi multisel, dengan mengekalkan proses metabolisme asas untuk kemandirian organisma. Aktiviti RNA polimerase adalah kompleks, dan sentiasa dikawal atur. Dalam bakteria E. coli, lebih daripada 100 faktor transkripsi telah dikenal pasti, yang telah mengubah suai aktiviti RNA polimerase.

RNA polimerase boleh memulakan proses transkripsi pada jujukan DNA yang khusus, pada bahagian penggalak. RNA polimerase akan menghasilkan bebenang RNA baharu dengan bes yang saling melengkapi dengan bes pada templat bebenang DNA. Proses menambahkan nukleotida pada beberapa RNA dikenali sebagai pemanjangan dalam eukariot. RNA polimerase boleh menghasilkan bebenang RNA sangat panjang mengandungi 2.4 juta nukleotida (panjang keseluruhan bagi gen distrofin). RNA polimerase akan melepaskan bebenang RNA baharu, sejurus sebelum RNA polimerase tiba di jujukan DNA khusus, yang dikenali dengan penamat.

Read next

In 49 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article