Qutaibah ibn Muslim (wafat 715) merupakan seorang gabenor Arab yang berkhidmat di bawah seliaan Hajjaj ibn Yusuf ketika pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.
Genealogi
Qutaibah ibn Muslim ibn Amr ibn al-Hushain ibn Rabi'ah ibn Khalid ibn Usaid al-Khair ibn Qudhai ibn Hilal ibn Salamah ibn Tsa'labah ibn Wa'il ibn Ma'n ibn Malik ibn A'shar al-Bahili.
Kehidupannya
Atas didikan disiplin daripada Hajjaj, Qutaibah berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan. Namun, ketika zaman pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik, beliau dihukum bunuh kerana statusnya mampu menggugat pucuk pimpinan khalifah.