factograf
MS

Quentin Tarantino

Quentin Tarantino

Key facts

tarikh lahir27 Mac 1963
tinggi185cm
pekerjaanpelakon, penulis skrip lakon layar, pengarah filem
tempat lahirKnoxville
anugerah yang diterimaAnugerah Akademi untuk Lakon Layar Asal Terbaik
karya terkenalFilem Reservoir Dogs
All data from the card 3
Kelahiran
Quentin Jerome Tarantino27 Mac 1963Knoxville, Tennessee, United States
Pekerjaan
Pembikin filem, pelakon
Tahun aktif
1987–sekarang

Quentin Jerome Tarantino merupakan pengarah filem Amerika dan pelakon filem. Filem-filemnya dikategorikan sebagai garis jalan cerita tanpa kronologi, perkara subjek satira, keganasan secara estetik, penggunaan barisan pelakon dalam kalangan pelakon terkenal dan kurang terkenal, rujukan kepada budaya yang popular, lagu filem yang mengandungi lagu dan skor dari tahun 1960-an hingga tahun 1980-an dan menonjolkan filem neo-noir.

Kariernya bermula pada akhir tahun 1980-an, di mana dia menulis dan mengarah "My Best Friend's Birthday", hasil kerja skrin yang menjadi asas kepada "True Romance". Pada awal tahun 1990-an, dia memulakan karier sebagai pembikin filem bebas dengan terbitan filem "Reservoir Dogs" pada tahun 1992, di mana filem tersebut dianggap sebagai filem klasik dan kultus yang terkenal. Populariti filem itu turut diperhebatkan dengan filem keduannya, "Pulp Fiction" (1994), sebuah filem jenayah komedi kelam yang berjaya dalam kalangan pengkritik filem dan penonton. Filem ini dinilai sebagai filem yang terhebat dari tahun 1983 hingga tahun 2008 oleh Entertainment Weekly. Banyak pengkritik dan sarjana juga menamakan ia sebagai hasil kerja yang paling signifikan dalam sejarah pawagam moden. Usaha beliau yang seterusnya, dia memberi penghormatan kepada filem eksploitasi-hitam daripada tahun 1970-an dengan filem "Jackie Brown" (1997), satu adaptasi daripada novel "Rum Punch".

Kill Bill: Volume 1 dan Kill Bill: Volume 2 yang difilemkan dengan bergaya dalam tradisi sinematik filem Kung Fu, seni pertahanan diri Jepun, Spageti Barat, seram Itali, berikutan enam tahun yang seterusnya dan ianya ditayangkan sebagai dua buah filem: Jilid Satu (2003) dan Jilid Dua (2004). Tarantino mengarah "Death Proof" (2007) sebagai salah satu dua bahagian filem dengan rakannya Robert Rodriguez, di bawah tajuk besar "Grindhouse". Projek filem yang lama ditangguhkan, "Inglourious Basterds" yang menceritakan fiksyen alternatif dua plot untuk menghapuskan pemerintahan politik Jerman Nazi, telah dikeluarkan pada tahun 2009 dan menerima ulasan positif.

Awal hidup

Tarantino lahir pada 27 Mac 1963 di Knoxville, Tennessee. Beliau anak tunggal kepada Connie Pender, seorang keturunan Ireland, dan Tony Tarantino, seorang pelakon dan penerbit keturunan Itali - kedua-dua ibu bapanya bertemu semasa di Los Angeles di mana Tony belajar perundangan. Beliau dinamakan sempena Quint Asper, suatu watak lakonan Burt Reynolds dalam siri drama koboi Gunsmoke.

Kedua-dua ibu bapanya bercerai semasa kecil di mana Quentin dan ibunya kembali ke Knoxville. Ibunya berkenalaan dengan Curtis Zastoupil di mana mereka berkahwin dan berpindah semula ke Los Angeles tahun 1966, mereka mulakan kehidupan baharu mereka di Torrance. Pada tahap inilag Quentin mula berminat terhadap filem, di mana ayah tirinya sangat menggalakkan minat tersebut malah membawanya bersama ke banyak penayangan filem di sana.

Filemografi

Tarantino pada July 23, 2009 ketika berada di tayangan perdana di Leicester premiere untuk filem Inglourious Basterds
Tarantino pada July 23, 2009 ketika berada di tayangan perdana di Leicester premiere untuk filem Inglourious Basterds

Tarantino telah menyatakan bahawa beliau merancang untuk menghasilkan sepuluh filem sahaja sebelum bersara sebagai pengarah, sebagai cara untuk memastikan kualiti keseluruhan yang tinggi dalam filemografinya. Beliau percaya "kebanyakan pengarah mempunyai filem terakhir yang teruk," bahawa menamatkan filem dengan "filem yang baik jarang berlaku," dan menamatkan filem dengan "filem yang bagus agak fenomenal." Mengenai filemografinya sendiri, Tarantino menganggap Kill Bill sebagai filem tunggal yang dibahagikan kepada dua jilid. Walaupun beliau menulis dan menerbitkan filem 2026, The Adventures of Cliff Booth, sekuel kepada Once Upon a Time in Hollywood yang berlatarkan tahun 1977, beliau memilih untuk tidak mengarahnya; sebaliknya beliau menyerahkan projek itu kepada David Fincher, yang beliau gelar sebagai "salah seorang daripada dua pengarah terbaik" bersama dirinya.

Filem arahan
Tahun Tajuk Pengedar
1992 Reservoir Dogs Miramax Films
1994 Pulp Fiction
1997 Jackie Brown
2003 Kill Bill: Volume 1
2004 Kill Bill: Volume 2
2007 Death Proof Dimension Films
2009 Inglourious Basterds The Weinstein Company / Universal Pictures
2012 Django Unchained The Weinstein Company / Sony Pictures Releasing
2015 The Hateful Eight The Weinstein Company
2019 Once Upon a Time in Hollywood Sony Pictures Releasing / Huaxia Film Distribution

Pautan luar

Read next

In 108 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article