factograf
MS
Sign in

Pulau Buton

Pulau Buton

Key facts

jumlah penduduk500,000
keluasan4,408km²
contohpulau
negaraIndonesia
ibu kotaBau-Bau
ketinggian dari aras laut1,100m
All data from the card 3
Lokasi
Asia Tenggara
Koordinat
5°3′S 122°53′T / 5.050°S 122.883°T
Penduduk
500,000

Buton ialah sebuah pulau yang terletak di sebelah tenggara Kepulauan Sulawesi, Indonesia. Pada zaman dahulu, di daerah ini pernah berdirinya sebuah kerajaan yang digelar Buton yang kemudian berkembang menjadi Kesultanan Buton.

Sejarah

Buton dikenali dalam sejarah Indonesia kerana telah tercatat dalam naskhah Nagarakretagama karya Prapanca pada tahun 1365 Masihi dengan menyebut "Buton" atau "Butuni" sebagai Negeri (Desa) Keresian atau tempat tinggal para resi di mana terdapatnya sebuah taman yang didirikan dalam lingga serta saluran air. Rajanya digelar Yang Mulia Mahaguru. Nama "Pulau Buton" juga telah dikenali sejak zaman pemerintahan Majapahit. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapa, juga menyebut nama Pulau Buton.

Geografi

Bandar terbesar di pulau ini ialah Bau-Bau, di mana bahasa Wolio dan Cia-Cia dituturkan. Pulau berdekatan termasulah Wowoni (utara), Muna dan Kabaena (barat) dan Siumpu (barat daya). Kepulauan Tukang Besi pula terletak di timur, dan dipisahkan dengan Buton oleh Teluk Kolowana Watabo. Pulau Batuatas terletak di selatan pulau ini.

Juga Laluam Bouton (namanya ketika itu) merupakan lokasi pandu arah antara-pulau yang peting di utara Laut Flores.

Pautan luar

  • (Indonesia) Laman web rasmi Pemerintah Kota Bau-Bau Diarkibkan 2009-07-27 di Wayback Machine
  • (Indonesia) Potensi Pelancongan Kota Bau-Bau Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine

Read next

In 39 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article