factograf
MS

Propana

Propana

Key facts

contohkelas entiti kimia
jisim44.06
dijelaskan oleh sumberEnsiklopedia Soviet Armenia

Propana ialah alkana tiga-karbon dengan formula C3H8. Propana biasanya wujud dalam bentuk gas, tetapi boleh dimampatkan sebagai cecair yang boleh diangkut. Propana didapati daripada hasil petroleum lain dalam pemprosesan minyak atau gas asli. Propana biasanya digunakan sebagai bahan api bagi enjin, obor oksi-gas, barbeku, dapur mudah alih dan pemanasan pusat perumahan.

Apabila digunakan sebagai bahan api kenderaan, propana dikenali sebagai gas petroleum cecair (LPG atau gas LP), yang boleh jadi campuran propana dengan sedikit propilena, butana, dan butilena. Satu bahan berbau seperti etanatiol atau tiofena ditambah supaya gas ini senang dihidu sekiranya terdapat kebocoran.

Etimologi

Namanya dibentukkan daripada awalan "prop" (menandakan 3 atom karbon dalam rantai hidrokarbon) dan akhiran "-ana" (ikatan c-c tunggal sahaja).

Sifat dan tindak balas

Propana mengalamai tindak balas pembakaran sama seperti alkana lain. Dalam kehadiran oksigen yang banyak, propana yang membakar membentuk air dan karbon dioksida.

C3H8 + 5 O2 → 3 CO2 + 4 H2O + haba
Propana + Oksigen → Karbon Dioksida + Air

Apabila oksigen tidak cukup untuk pembakaran sempurna, pembakaran tak lengkap akan terjadi bila propana terbakar dan membentuk air, karbon monoksida, karbon dioksida dan karbon.

C3H8 + 3.5 O2 → CO2 + CO + C + 4 H2O + haba
Propana + Oksigen → Carbon Dioksida + Carbon Monoksida + Karbon + Air

Kandungan tenaga

Kepadatan tenaga propana adalah 46.44 megajoule sekilogram (91,690 BTU segelen).

Lihat juga

Read next

In 76 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article