factograf
MS
Sign in

Projek Fedora

Projek Fedora
All data from the card 9
Jenis
Komuniti
Pengasas
Warren Togami, Red Hat
Dahulu dikenali
Projek Fedora Linux (Fedora Linux Project)
Keluaran/produk
389 Directory Server, Sistem pengendalain Fedora
Fokus
Perisian bebas
Bidang
Kerja lukis, pembangunan, dokumentasi, promosi, dan penterjemahan.
Sukarelawan
~27,000 (2010)
Moto
Freedom. Friends. Features. First.
Laman sesawang
fedoraproject.org

Projek Fedora ialah ikhtiar yang ditaja oleh Red Hat untuk menyelaras pembangunan sistem pengendalian Fedora. Ia telah diasaskan pada bulan September 2003 sebagai hasil penggabungan antara Red Hat Linux (RHL) dan projek-projek lama Fedora Linux. Projek ini terdiri daripada bukan sahaja pekerja-pekerja Red Hat, namun ahli komuniti seluruh dunia yang membuat 75% daripada semua sumbangan dalam Projek Fedora.

Sejarah

Projek Fedora Linux telah dimulakan pada Disember 2002 oleh mahasiswa Sains Komputer Universiti Hawaii, Warren Togami. Apabila Red Hat mengambil keputusan untuk memisahkan Red Hat Linux kepada Red Hat Enterprise Linux (RHEL) dan sebuah versi berasaskan komuniti, nama Fedora telah diumumkan pada 22 September 2003, para pengguna rumah dan perniagaan kecil menjadi tidak pasti apa yang perlu mereka buat. Red Hat Professional Workstation telah dicipta pada masa yang sama bertujuan untuk memenuhi keperluan yang dahulunya dibuat oleh RHL tetapi dicipta tanpa masa depan yang pasti. Pilihan ini dengan cepat dipinggirkan oleh para pengguna bukan usahawan RHL yang lebih suka kepada Fedora. Komuniti Fedora terus maju dan edaran Fedora dikenali sebagai edaran FOSS yang menumpukan kepada inovasi dan bekerja rapat dengan komuniti Linux huluan.

Kebocoran keselamatan

Pada Ogos 2008, beberapa pelayan Fedora telah dipecah masuk. Selepas disiasat, didapati bahawa salah satu pelayan yang dipecah masuk ialah pelayan yang digunakan untuk menadatangan pakej kemas kini Fedora. Projek Fedora menyatakan bahawa si penyerang tidak mendapat kunci tandatangan pakej yang boleh digunakan untuk memasukkan perisian jahat pada sistem pengguna Fedora menerusi proses kemas kini. Para pentadbir projek membuat pemeriksaan pada perisian dan tidak menemukan sebarang petunjuk wujudnya kuda Troy telah diselinapkan kedalam perisian. Sebagai langkah berjaga-jaga, Projek ini telah menukar kunci-kunci tandatangan pakej yang lama kepada yang baharu.

Fedora menerbitkan maklumat terperinci pada 30 Mac 2009.

Lihat juga

Read next

In 24 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article