factograf
MS

Pristin

Pristin

Key facts

masa permulaan2016
contohkumpulan wanita
negaraKorea Selatan
genreK-pop
All data from the card 10
Juga dikenalisebagai
Pledis Girlz
Asal
Seoul, Korea Selatan
Genre
K-pop
Tahun aktif
2016–2019
Diskografi
Lihat: Pristin discography (en)
Syarikat rakaman
Pledis Entertainment
Kegiatan berkaitan
Pristin VI.O.IHappy PledisHinapia
Anggota
Lim Na-young Shannon Bae Kyla Kang Kyung-won Kim Minkyeung Xiyeon Zhou Jieqiong Kang Yae-bin Jung Eun-woo Yehana
Bekas anggota
Nayoung Roa Yuha Eunwoo Rena Kyulkyung Yehana Sungyeon Xiyeon Kyla
Tapak sesawang
Laman sesawang rasmi

Pristin (Korea: 프리스틴; digayakan dalam semua huruf besar dan nama pra-debut Pledis Girlz) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh Pledis Entertainment pada tahun 2016. Kumpulan ini terdiri daripada sepuluh orang ahli: Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Kyulkyung, Yehana, Sungyeon, Xiyeon dan Kyla. Kebanyakan mereka pernah muncul di rancangan televisyen Produce 101 dan sebagai hadiah kerana menjadi dua daripada peserta terbaik, Nayoung dan Kyulkyung meneruskan debut sebagai sebahagian daripada kumpulan projek wanita I.O.I, sebelum bersatu semula dengan ahli lain untuk debut sebagai Pristin pada 21 Mac 2017, dengan album mini pertama mereka Hi! Pristin. Pristin dikenali sebagai kumpulan yang dapat menulis dan menggubah muzik mereka sendiri. Selepas hampir setahun setengah tanpa aktiviti, kumpulan ini dibubarkan pada 24 Mei 2019 apabila hanya 3 daripada 10 orang ahli memperbaharui kontrak mereka dengan Pledis Entertainment.

Sejarah

Pra-debut

Sepuluh ahli Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Kyulkyung dan Xiyeon telah bertanding rancangan realiti televisyen Mnet Produce 101, yang disiarkan dari 22 Januari hingga 1 April 2016. manakala lima daripada mereka telah tersingkir, Nayoung dan Kyulkyung menjadi sebahagian daripada barisan terakhir untuk projek kumpulan wanita I.O.I, yang memulakan debut pada 4 Mei dengan single "Dream Girls".

Pledis Girlz

Kumpulan ini secara rasmi diumumkan sebagai Pledis Girlz oleh Pledis Entertainment pada 23 Mac 2016. Pada hari yang sama, Eunwoo telah ditampilkan dalam lagu "Sickness" oleh Vernon Seventeen sebagai sebahagian daripada runut bunyi untuk webtoon Love Revolution. Pledis Girlz mengadakan konsert dari 14 Mei hingga 10 September 2016, di mana para ahli akan melakukan persembahan mingguan, kecuali Nayoung dan Kyulkyung yang sedang mempromosikan bersama I.O.I pada masa itu.

Pada 27 Jun, mereka melancarkan single promosi "We", yang ditulis oleh Roa, Eunwoo, Sungyeon dan Xiyeon. Video muzik untuk lagu itu digunakan untuk memperkenalkan profil ahli.

Mereka mengadakan konsert terakhir mereka sebagai Pledis Girlz, bertajuk Bye & Hi pada 6 Januari 2017 dan mengumumkan nama kumpulan rasmi mereka sebagai Pristin, portmanteau dari kata-kata "prismatic" (terang dan jelas) dan "elastin" (kekuatan sempurna).

2017-2018: Debut dengan Hi! Pristin, Schxxl Out dan Pristin V

Pada 2 Mac, 2017, Pledis Entertainment mengumumkan debut kumpulan menerusi gambar teaser. Pada 21 Mac, Pristin secara rasminya debut dan mengeluarkan album mini pertama mereka "Hi! Pristin" dengan single utama "Wee Woo". Mereka menjadi kumpulan wanita rookie pertama yang menpersembahkan lagu pertama mereka pada siaran langsung semasa Mnet Present. Pristin juga merupakan sebahagian daripada barisan untuk festival KCON yang diadakan di Jepun pada 19 Mei. Pada hari yang sama, versi remix dari "Black Widow" telah dikeluarkan sebagai single kedua dan terakhir album, yang dipersembahkan di beberapa rancangan muzik sebagai penutup untuk promosi Hi Pristin.

Pada 3 Jun, mereka membuat persembahan di 2017 Dream Concert di Seoul World Cup Stadium. Album mini kedua mereka Schxxl Out bersama-sama dengan single utama "We Like", dikeluarkan pada 23 Ogos.

Pada 12 Oktober, diumumkan bahawa Kyla akan berehat dari aktiviti kumpulan kerana masalah kesihatan. Dia kembali buat sementara waktu ke Amerika Syarikat untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Pada 8 Mei 2018, diumumkan bahawa Pristin akan mendebutkan sub-unit pertama mereka yang dipanggil Pristin V yang terdiri daripada ahli Nayoung, Roa, Eunwoo, Rena dan Kyulkyung. Pristin V melakukan debut mereka pada 28 Mei 2018 dengan album single Like A V.

2019: Pembubaran

Pada 24 Mei 2019 setelah setahun tanpa sebarang aktiviti berkumpulan, Pristin secara rasminya dibubarkan. Pledis Entertainment mengumumkan bahawa sementara Kyulkyung, Yehana dan Sungyeon akan kekal bersama syarikat itu, manakala tujuh yang lain (Xiyeon, Rena, Roa, Kyla, Nayoung, Yuha, dan Eunwoo) akan meninggalkan syarikat.

Ahli

  • Nayoung (Korea: 나영) — Ketua
  • Roa (로아)
  • Yuha (유하)
  • Eunwoo (은우)
  • Rena (레나)
  • Kyulkyung (결경)
  • Yehana (예하나)
  • Sungyeon (성연)
  • Xiyeon (시연)
  • Kyla (카일라)

Sub-unit

  • Pristin V (Korea: 프리스틴 V) – Nayoung, Roa, Eunwoo, Rena, Kyulkyung

Diskografi

Album mini

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
US World
Hi! Pristin
Senarai lagu
  1. "Be the Star"
  2. "Wee Woo"
  3. "Black Widow"
  4. "Running"
  5. "Over n Over"
  6. "We"
4 10
  • KOR: 43,300
  • JPN: 1,145
Schxxl Out
  • Dikeluarkan: 23 Ogos 2017
  • Label: Pledis Entertainment, LOEN Entertainment
  • Formats: CD, muat turun digital
Senarai lagu
  1. "We Are Pristin"
  2. "We Like"
  3. "Aloha"
  4. "Tina" (티나)
  5. "You're My Boy" (너 말야 너)
4 5
  • KOR: 27,276
  • JPN: 952

Single

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
US World
"Wee Woo" 2017 49 11
  • KOR: 157,728
Hi! Pristin
"Black Widow" — — —
"We Like" 94 —
  • KOR: 21,804
Schxxl Out
"—" menandakan item yang tidak dicarta atau tidak dikeluarkan di kawasan itu.

Single promosi

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
"We" 2016 113
  • KOR: 19,922
Hi! Pristin

Videografi

Video muzik

Tahun Tajuk Pengarah Ruj.
2016 "We" Jimmy (Brainshock Pictures)
2017 "Wee Woo" Kim Young-jo & Yoo Seung-woo

(Naive Creative)

"We Like"

Konsert

Pledis Girlz Concert (2016)

No. Tarikh Hari ahli Tetamu istimewa
01 14 Mei Rena Tiada
02 21 Mei Xiyeon
03 28 Mei Sungyeon
04 4 Jun Eunwoo
05 11 Jun Yehana
06 18 Jun Kyla
07 25 Jun Yuha
08 2 Julai Roa
09 23 Julai Sungyeon
10 30 Julai Xiyeon Hwang In-sun
11 6 Ogos Yehana Park So-yeon
12 13 Ogos Eunwoo D.A.L, Kim Da-jung
dan Kim Ji-sung
13 20 Ogos Kyla An Ye-seul
14 27 Ogos Rena Yoon Seo-hyung
15 3 September Yuha I.O.I
16 10 September Roa Han Dong-geun

Anugerah dan percalonan

Nama anugerah, tahun penyampaian, kategori anugerah, calon anugerah dan keputusan pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Calon/Karya Keputusan Ruj.
Asia Artist Awards 2017 Rookie Award Pristin Menang
Popularity Award Tercalon
2018 Tercalon
Gaon Chart Music Awards 2018 New Artist of the Year (Song) "Wee Woo" Tercalon
Golden Disc Awards 2018 New Artist of the Year Pristin Tercalon
Global Popularity Award Tercalon
Melon Music Awards 2017 Best New Artist Tercalon
Mnet Asian Music Awards 2017 Best New Female Artist Menang
Artist of the Year Tercalon
Seoul Music Awards 2018 New Artist Award Menang
Popularity Award Tercalon
Hallyu Special Award Tercalon
V Live Awards 2018 Global Rookie Top 5 Menang

Read next

In 25 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article