factograf
MS

Perang Austria-Prusia

Perang Austria-Prusia
All data from the card 4
Tarikh
14 Jun – 23 Ogos 1866
Lokasi
Bohemia, Jerman, Itali dan Laut Adriatik
Keputusan
Kemenangan muktamad Prusia-Itali
Perubahanwilayah
Perdamaian Prague Prusia mengilhak Hanover, Schleswig-Holstein, Hesse-Kassel, Frankfurt, Nassau dan sebahagian Hesse-Darmstadt Pembubaran Gabungan Jerman Pembentukan Gabungan Jerman Utara Itali mengilhak Venice
Selepas Perang Austria-Prusia. Prusia (biru gelap) dan sekutunya (biru), Austria (merah) dan sekutunya (merah jambu). Ahli Gabungan Jerman yang neutral berwarna hijau, keuntungan wilayah Prssia selepas perang berwarna biru muda.
Selepas Perang Austria-Prusia. Prusia (biru gelap) dan sekutunya (biru), Austria (merah) dan sekutunya (merah jambu). Ahli Gabungan Jerman yang neutral berwarna hijau, keuntungan wilayah Prssia selepas perang berwarna biru muda.

Perang Austria-Prusia, di Jerman dikenali sebagai Deutscher Krieg ("Perang Jerman"), atau Perang Tujuh Minggu, Perang Penyatuan, atau Bruderkrieg ("Perang Sivil Jerman"), adalah sebuah perang yang terjadi di tahun 1866 antara Gabungan Jerman di bawah kepimpinan Empayar Austria dan sekutu-sekutu Jermannya pada satu sisi, melawan Kerajaan Prusia dengan sekutu-sekutu Jermannya dan dibantu oleh Itali di sisi lain, yang mengakibatkan dominasi Prusia terhadap negara-negara Jerman lainnya. Di Jerman dan Austria, perang ini juga disebut Österreichisch-preussischer Krieg ("Perang Austria-Prusia"). Dalam proses Penyatuan Itali, perang ini disebut Perang Kemerdekaan Itali Ketiga.

Keputusan utama perang adalah pergeseran kuasa di antara negara-negara Jerman dari Austria dan ke arah hegemoni Prusia, dan dorongan terhadap penyatuan semua negara di bahagian Jerman utara menjadi Kleindeutschland (Jerman bersatu yang lebih kecil) yang mengecualikan Austria. Perang ini menghapuskan Gabungan Jerman dan menimbulkan penggantian separa oleh Gabungan Jerman Utara yang mengecualikan Austria dan negara-negara Jerman di bahagian selatan. Perang juga menyebabkan pengilhakan wilayah Austria (Venice) oleh Itali.

Pautan luar

  • Maklumat lebih lanjut tentang perang ini (Jerman)

Read next

In 67 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article