factograf
MS
Sign in

Parthenon

Parthenon

Key facts

masa permulaan500 BC
tinggi13.72m
contohtapak arkeologi Yunani Purba
negaraYunani
terletak di entiti wilayah pentadbiranPerbandaran Athens
dijelaskan oleh sumberEnsiklopedia Otto
All data from the card 18
Jenis
Kuil
Gaya seni bina
Klasik
Lokasi
Athens, Greece
Negara
Yunani
Koordinat
37°58′17″U 23°43′36″T / 37.9715°U 23.7266°T
Dinamakan bersempena
Athena
Pembinaan bermula
447 SM
Disiapkan pada
432 SM; 2458 tahun lalu
Dimusnahkan pada
Separa pada tahun 1687
Pemilik
Yunani
Tinggi
13.72 m (45.0 ka)
Panjang
69.5 kali 30.9 m (228 kali 101 ka)
Lebar
30.8 m
Lain-lain matra
Cella: 29.8 kali 19.2 m (98 kali 63 ka)
Bahan
Batu marmar di Gunung Pentelicus
Keluasan tingkat
73 kali 34 m (240 kali 112 ka)
Arkitek
Iktinos, Callicrates
Pereka bentuk lain
Phidias (pengukir)

Parthenon (bahasa Yunani Kuno: Παρθενών, nama moden: Παρθενώνας Parthenonas) merupakan kuil terletak di dataran Akropolis Athenai, Yunani dibina khas untuk dewi yang memberi nama kepada kota tersebut, Athena. Pembinaannya bermula pada 447 SM apabila Empayar Athen berada pada kekuasaan tertingginya. Ia disiapkan pada 438 SM, walaupun hiasan Parthenon berterusan sehingga 432 SM. Parthenon dianggap sebagai simbol demokrasi Yunani Kuno dan Athen, dan merupakan salah satu monumen budaya terhebat di dunia.

Seni bina

Pelan lantai Parthenon
Pelan lantai Parthenon

Sejarah

Pembinaan semula Akropolis dan Areus Pagus di Athens, Leo von Klenze, 1846
Pembinaan semula Akropolis dan Areus Pagus di Athens, Leo von Klenze, 1846

Zaman Byzantin - penukaran menjadi gereja

Kuil ini ditukarkan menjadi suatu gereja yang didedikasikan kepada Maria si Perawan pada akhir abad ke-6 M Pembinaan ini menghalakan gereja baharu ini mengikut arah timur, begitu juga dengan altarnya menghadap arah ini bersebelahan apsis yang dibina pada pintu utama kuil (pronaos). Gambaran orang-orang suci dan nabi dicat pada dinding kuil sambil juga tulisan keimanan Kristian diukir pada tiang-tiang runtuhan. Sebarang patung yang terjumpa dikeluarkan dan dipindahkan dari pekarangan kuil.

Gereja yang baharu ini menjadi antara kawasan yang paling didambakan para penziarah Kristian dalam Empayar Byzantium selain Konstantinopolis, Ephesos, dan Thessaloniki.

Zaman Uthmaniyah - penukaran menjadi masjid

Kawasan sekitar Parthenon diserahkan kepada empayar Uthmaniyah pada 1456 setelah mereka berjaya mengalahkan askar-askar Republik Firenze yang melindungi pekarangan tersebut. Gereja itu pada awalnya dikekalkan penggunaannya, namun ia kemudiannya menjadi masjid pada akhir abad ke-15: ada sejarawan yang menyatakan penukaran ini hukuman Mehmed II terhadap percubaan warga kota Athenai pada ketika itu.

Apsis dan menara gereja ditukarkan menjadi mihrab dan manarah, sambil suatu mimbar baru dibina. Altar turut dikeluarkan serta dinding-dinding gereja ditutup dari sebarang gambaran santo yang wujud sebelumnya.

Perang Morea yang meletus antara pihak Republik Venezia dan kerajaan Uthmaniyah menyaksikan bangunan ini dijadikan suatu gedung senjata api dan tempat berlindung masyarakat Turki setempat. Kekacauan ini mencapai kemuncaknya apabila suatu bedilan ditembak mengena gedung tersebut dari Bukit Philopappos pada 26 September 1687 mengakibatkan suatu letupan meranapkan sebahagian tengah bangunan ini. Sebanyak 300 orang terkorban dalam letupan ini baik secara langsung mahupun dari serpihan melayang kena askar-askar Uthmaniyah berdekatan; letupan ini turut menyebabkan kebakaran besar yang memusnahkan banyak rumah berlanjutan ke esok harinya. Pihak Turki yang berjaya mendapatkan kembali Akropolis tidak lama selepas ini mengambil batu runtuhan pekarangan Akropolis dijadikan bahan binaan suatu masjid lebih kecil dalam tapak Parthenon. Malah, banyak khazanah dan batuan dari tapak bersejarah ini dicuri bertahun-tahun.

Keadaan daulah kerajaan Uthmaniyah yang lemah pada kurun ke-18 memudahkan orang Barat melawat dan mengamati tapak bersejarah ini. Catatan dan lakaran dilakukan para wisatawan ini menarik minat ramai kepada budaya Yunani yang baharian serta perjuangan orang Yunani memerdekakan diri dari cengkaman kuasa Uthmaniyah.

Zaman merdeka dan moden Yunani, sejak abad ke-19

Kesemua bahagian kecuali tapak dan tangga manarah diruntuhkan tidak lama selepas pihak Yunani berjaya menawan kembali Athens dalam perang kemerdekaan tahun 1832. Pada lewat kurun zaman ini pula, ia mula menjadi tarikan banyak orang Barat yang menganggapnya suatu pencapaian tinggi seni ketamadunan mereka.

Rujukan

Sumber utama

  • D'Ooge, Martin Luther (1909). The Acropolis of Athens. Macmillan.
  • Freely, John (2004). Strolling Through Athens: Fourteen Unforgettable Walks through Europe's Oldest City (ed. 2). Tauris Parke Paperbacks. ISBN 978-1-85043-595-2.
  • Hollis, Edward (2009). The Secret Lives of Buildings: From the Ruins of the Parthenon to the Vegas Strip in Thirteen Stories. Macmillan. ISBN 978-0-8050-8785-7.
  • Hurwit, Jeffrey M. (2000). The Athenian Acropolis: History, Mythology, and Archeology from the Neolithic Era to the Present. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-42834-7.

Pautan luar

  • The Acropolis of Athens: The Parthenon (official site with a schedule of its opening hours, tickets and contact information)
  • The Acropolis Restoration Project Diarkibkan 2005-07-23 di Wayback Machine (Greek Government website)
  • The Athenian Acropolis by Livio C. Stecchini (Takes the heterodox view of the date of the proto-Parthenon, but a useful summary of the scholarship.) (Internet Archive)
  • UNESCO World Heritage Centre - Acropolis, Athens
  • Metropolitan Government of Nashville and Davidson County — The Parthenon
  • The Parthenon Marbles Diarkibkan 2004-11-20 di Wayback Machine
  • Google Sketchup 3D Model of Parthenon (simplistic)
  • Parthenon virtual tour Interactive 360° panoramas in high resolution.
  • Parthenon 'The Golden Age of Pericles' Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine
  • The Friends of the Acropolis
  • United Parthenon Diarkibkan 2012-10-15 di Wayback Machine

Read next

In 133 languages

msAfrikaansAlemannischአማርኛaragonésÆngliscالعربيةمصرىঅসমীয়াasturianuazərbaycancaتۆرکجهбашҡортсаBasa Baližemaitėškaбеларуская (тарашкевіца)беларускаябългарскиभोजपुरीবাংলাབོད་ཡིགbrezhonegbosanskiбуряадcatalàнохчийнCebuanoکوردیčeštinaчӑвашлаCymraegdanskDeutschΕλληνικάEnglishEsperantoespañoleestieuskaraفارسیsuomifrançaisarpetanFryskGaeilgekriyòl gwiyannengalegoAvañe'ẽעבריתहिन्दीFiji HindihrvatskimagyarհայերենinterlinguaBahasa IndonesiaIdoíslenskaitaliano日本語JawaქართულიQaraqalpaqshaTaqbaylitKabɩyɛқазақшаಕನ್ನಡ한국어kernowekкыргызчаLatinaLingua Franca NovaLigurelombardlietuviųlatviešuMalagasyмакедонскиമലയാളംмонголꯃꯤꯇꯩ ꯂꯣꯟमराठीMirandésمازِرونیNapulitanoPlattdüütschनेपाल भाषाNederlandsnorsk nynorsknorskoccitanlivvinkarjalaਪੰਜਾਬੀpolskiPiemontèisپنجابیپښتوportuguêsromânăрусскийрусиньскыйsicilianuسنڌيsrpskohrvatski / српскохрватскиසිංහලSimple Englishslovenčinaسرائیکیslovenščinashqipсрпски / srpskisvenskaKiswahiliதமிழ்తెలుగుтоҷикӣไทยTagalogTürkçeтатарча / tatarçaукраїнськаاردوoʻzbekcha / ўзбекчаvènetovepsän kel’Tiếng ViệtWinaray吴语ייִדיש文言閩南語 / Bân-lâm-gí粵語中文

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article