factograf
MS
Sign in

Album ke-5 Siti Nurhaliza

Pancawarna

Pancawarna

Key facts

tarikh penerbitan7 Mei 1999
contohalbum
penghiburSiti Nurhaliza
genrepop
All data from the card 6
Dilancarkan pada
7 Mei 1999
Dirakamkan pada
1998-1999
Genre
Pop
Panjang
49:00
Syarikat
Suria Records
Penerbit
Azmeer, Zulkefli Majid, Helen Yap, Adnan Abu Hassan, Siso, Mark Wong, Ajai, Ross Ariffin, Alfa/Rummie & Salman

Pancawarna merupakan album studio kelima Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 7 Mei 1999 oleh Suria Records. Pancawarna merupakan kesinambungan kepada Adiwarna. Antara single yang menjadi perhatian ramai adalah "Nian di Hati", "Engkau Bagaikan Permata", "Kau Kekasihku", dan "Seribu Kemanisan".

Dalam album ini juga termuatnya lagu bertajuk "Lelaki (warkah seorang anak)" yang didedikasikan kepada PMX. Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.

Penerbitan

Pancawarna amat kuat dipengaruhi oleh Siti, yang turut terlibat dalam penulisan lagu dalam album kelimanya. Hampir semua lagu yang di dalam album ini benar-benar mencabar persembahan vokal Siti dan lagu yang paling ketara ialah “Kurniaan dalam Samaran” dan “Nian di Hati”. Di dalam lagu Lembaran Cinta Pudar, Siti memuatkan monolog ringkas yang memberikan intrig kepada pendengar.

Keluaran

Pancawarna dikeluarkan pada 7 Mei 1999 dan mendapat sambutan positif dengan jualan tertinggi sebanyak 100, 000 unitndan ia juga menduduki tangga pertama di carta album RIM. Di samping itu, muzik video untuk lagu “Nian di Hati”, “Kau Kekasihku” dan “Engkau Bagaikan Permata” dikeluarkan.

Sepertimana empat album Siti Nurhaliza sebelum ini, album Pancawarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.

Ulasan kritik

Menurut Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, Pancawarna merujuk kepada kepelbagaian gaya muzik yang dimuatkan di dalam album ini. Album ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Saniboey dari Harian Metro memberikan tiga bintang untuk album ini. Beliau mengulas album itu ketinggalan sasarannya, tidak konsisten dengan melodinya, dan terlalu licik. Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan tiga separuh bintang. Beliau mengulas pendapat Saniboey berhubung kemunculan genre balada meruntun jiwa di dalam album, tetapi tidak berasa ragu-ragu dengan vokal Siti. Dalam ulasan positif oleh Marina dari The Malay Mail, beliau mengulas vokal Siti dan bagaimana Siti membawakan vokalnya di dalam album.

Karya seni album

Kulit album Pancawarna menampilkan empat slaid gambar Siti Nurhaliza yang mana beliau menggayakan kemeja-t panjang berwarna kuning. Fotografi bagi kulit album ini dirakamkan oleh Bustamam.

Senarai runut

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Nian di Hati"Azam DungunAzmeer5:21
2."Seribu Kemanisan"Azlan Abu HassanZulkefli Majid4:59
3."Engkau Bagaikan Permata"Sham Amir Hussain & Siti NurhalizaHelen Yap5:09
4."Salju Kasih-Nya"Hani MJAdnan Abu Hassan4:37
5."Lelaki (warkah seorang anak)"Habsah HassanKopratasa4:37
6."Kedamaian"Hani MJMark Wong4:54
7."Kau Kekasihku"Alam MayaAjai5:24
8."Kurniaan Dalam Samaran"S. Amin ShahabRoss Ariffin4:21
9."Langkah Di Persada"TisyaRickie Koes4:36
10."Lembaran Cinta Pudar"Habsah HassanSalman Shariff5:33


Tenaga kerja

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Pancawarna.

  • Fancy (Leon) - gitar
  • Opie (Bloodshed) - gitar
  • Azmeer - keyboard
  • Malik (Leon) - bass
  • Joey - dram
  • Ajai - penerbit
  • Alfa/Rummie - penerbit
  • Ross Ariffin - penerbit
  • Ariffin - unit promosi
  • Azmeer - penerbit
  • Bard - unit promosi
  • Bustamam - fotografi
  • CT - vokal
  • Daniel - vokal
  • Azam Dungun - penulis lirik
  • Jason Foo - koordinator produksi
  • Adnan Abu Hassan - penerbit
  • Hazlan Abu Hassan - penulis lirik
  • Sham Amir Hussain - pengurus A&R, penulis lirik
  • Habsah Hassan - penulis lirik
  • June - vokal
  • Ricky Koes - penerbit
  • Siso Kopratasa - penerbit
  • Genesis Mastering Lab - mastering
  • Lau - jurutera
  • Lin - unit promosi, vokal
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Zulkefli Majid - koordinator A & R, penerbit, vokal
  • Alam Maya - penulis lirik
  • Hani MJ - penulis lirik
  • Nan - unit promosi
  • Siti Nurhaliza - penulis lirik
  • Nurul - jurusolek
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Rahayu - unit promosi
  • Salman - penerbit
  • Shon - vokal
  • S. Amin Shahab - penulis lirik
  • Alison Tee - pengurus projek
  • Tisya - penulis lirik, vokal
  • Vincent - jurutera
  • Mark Wong - penerbit
  • Wong - jurutera
  • Helen Yap - penerbit

Pensijilan

Negara Pensijilan Jualan/penghantaran
Malaysia (RIM) 2x Platinum 100,000

Kedudukan carta

Album

Carta (1999) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1999

Nian di Hati

3 2 - 1

Kau Kekasihku

1 1 - 1

Engkau Bagaikan Permata

15 - - 4

Seribu Kemanisan

17 14 - -

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2000 Pancawarna Album Pop Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) Menang
Nian di Hati Lagu Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2000 Kau Kekasihku Lagu Balada Terbaik Menang
Nian di Hati Lagu Balada Terbaik Tercalon
2001 Engkau Bagaikan Permata Lagu Pop Rock Terbaik Menang

Anugerah URS

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2001 "Kau Kekasihku" Pilihan Kegemaran untuk Lagu Balada Menang

Read next

In 10 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article