


3 images
Pagrus ialah genus ikan bersirip ruji yang tergolong dalam keluarga Sparidae, yang merangkumi mengkuku dan kapas laut. Ikan ini dijumpai di Lautan Pasifik Barat, Lautan Atlantik dan Laut Tengah. Ia ikan makan berharga yang menjadi sasaran perikanan komersial dan diternak dalam akuakultur.
Spesies
Pagrus mengandungi sekurang-kurangnya enam spesies teraku:
- Pagrus africanus (Akazaki, 1962)
- Pagrus auratus (Forster, 1801)
- Pagrus auriga (Valenciennes, 1843)
- Pagrus caeruleostictus (Valenciennes, 1830)
- Pagrus major (Temminck & Schlegel, 1843) (mengkuku merah)
- Pagrus pagrus (Linnaeus, 1758)
Catalog of Fishes mengiktirafkan lima spesies dalam genus ini kerana mengelaskan P. auratus ke dalam genus monospesifik Chrysophrys Quoy & Gaimard, 1824. Hal ini tidak diikuti oleh FishBase, tetapi diterima pakai oleh pakar-pakar lain.
