factograf
MS

Orlando Bloom

Orlando Bloom

Key facts

tarikh lahir13 Januari 1977
dididik diGuildhall School of Music and Drama
pekerjaanpelakon filem, pelakon pentas, pelakon televisyen
tempat lahirCanterbury
pasanganMiranda Kerr
majikanTabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
All data from the card 6
Kelahiran
Orlando Bloom13 Januari 1977Canterbury, Kent, England, UK
Pendidikan
Sekolah Muzik dan Drama Guildhall
Pekerjaan
Pelakon, Penerbit filem
Tahun aktif
1994–kini
Pasangan
Miranda Kerr (k. 2010–2013) (cerai)
Anak-anak
1

Orlando Bloom (lahir 13 Januari 1977) merupakan seorang pelakon Inggeris. Beliau mula terkenal setelah membintangi trilogy The Lord of the Rings sebagai Legolas, beliau mula mengecapi popularity menerusi beberapa filem fantasi epic, epic sejrah dan penjelajahan fantasi. Beliau turut muncul sebagai Legolas dalam filem trilogy The Hobbit, sebagai Will Turner dalam siri Pirates of the Caribbean dan Paris dalam filem Troy (2004).

Pada tahun 2005, Bloom diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Kingdom of Heaven dan Elizabethtown. Selain filem, Bloom juga pernah terlibat dalam pementasan In Celebration di London pada tahun 2007 dan adaptasi Romeo and Juliet pada tahun 2013. Pada tahun 2009, Bloom dinamakan sebagai Duta Goodwill UNICEF dan pada tahun 2015, beliau menerima Anugerah Kemanusiaan Britannia BAFTA.

Kehidupan awal

Bloom dilahirkan pada tahun 1977 di Canterbury, Kent, dan dinamakan sempena nama komposer Inggeris, Orlando Gibbons. Beliau mempunyai seorang kakak, Samantha Bloom.

Orlando pada mulanya mempercayai bapa tirinya yang merupakan seorang penulis novel Harry Saul Bloom (1913–81) sebagai bapa kandungnya sebelum ibunya mendedahkan ketika beliau berusia tiga belas tahun bahawa bapa kandung beliau adalah Colin Stone, pasangan ibunya dan kenalan keluarganya. Stone yang merupakan seorang pengetua, menjadi penjaga Orlando selepas kematian Harry Bloom.

Ibu Bloom, Sonia Constance Josephine (née Copeland), dilahirkan di Calcutta, India, merupakan anak kepada Betty Constance Josephine (née Walker) dan Francis John Copeland iaitu seorang doktor dan pakar bedah. Sebastian Copeland, seorang jurugambar terkenal merupakan sepupu kepada Bloom. Keluarga ibunya pernah menetap di Tasmania (Australia), Jepun dan India.

Bloom mendaftar di Sekolah Rendah Metodis St. Peter, dan Sekolah Raja sebelum ke Sekolah St Edmund di Canterbury. Beliau disahkan menghidap disleksia, dan ibunya menggalakkannya mengambil kelas seni dan drama.

Bloom memulakan kerjaya lakonannya secara profesional menerusi watak dalam Casualty dan Midsomer Murders. Beliau muncul dalam filem pertamanya, Wilde (1997), disamping Stephen Fry, sebelum menyertai Sekolah Muzik dan Drama Guildhall di London untuk mempelajari lakonan.

Kerjaya

Bloom semasa tayangan perdana Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest di London pada Julai 2006
Bloom semasa tayangan perdana Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest di London pada Julai 2006
Bloom di lokasi pengambaran filem The Three Musketeers di Würzburg, Jerman pada 14 September 2010
Bloom di lokasi pengambaran filem The Three Musketeers di Würzburg, Jerman pada 14 September 2010
2 images

Bloom muncul dalam filem buat pertama kalinya menerusi watak kecil dalam filem Wilde pada tahun 1997. Dua hari selepas tamat belajar di Guildhall pada tahun 1999, beliau menerima watak besar pertamanya menerusi trilogi The Lord of the Rings (2001–2003). Beliau pada mulanya menguji bakat untuk watak Faramir, namun pengarah, Peter Jackson, memilih beliau untuk melakonkan watak sebagai Legolas. Semasa pengambaran, beliau mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika menunggang kuda dan pulih sebelum meneruskan penggambaran. Dalam masa yang sama, Bloo turut muncul dalam filem perang Ridley Scott, Black Hawk Down sebagai PFC Todd Blackburn. Pada tahun 2002, Bloom dipilih oleh Teen People sebagai "25 Hottest Stars Under 25" dan dinamakan oleh majalah People' sebagai lelaki bujang Hollywood paling kacak dalam senarai 2004. Kesemua pelakon filem Rings telah dicalonkan Anugerah Screen Actors Guild selama tiga tahun berturut-turut sebelum akhirnya memenangi pada tahun 2003 menerusi siri ketiga The Lord of the Rings: The Return of the King. Bloom turut memenangi beberapa anugerah lain termasuklah Anugerah Filem Eropah, Anugerah Empayar Sony Ericsson dan Anugerah Pilihan Remaja.

Bloom kemudiannya bergandingan dengan Keira Knightley dan Johnny Depp menerusi Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl pada tahun 2003. Selepas kejayaan filem tersebut, Bloom muncul dalam filem Troy bersama-sama Brad Pitt, Eric Bana dan Peter O'Toole. Pada tahun 2005, beliau memegang watak utama dalam filem arahan Ridley Scott, Kingdom of Heaven dan filem arahan Cameron Crowe, Elizabethtown. Pada tahun 2006, Bloom muncul semula dalam sekuel Pirates of the Caribbean dan Haven, yang mana beliau turut berperanan sebagai penerbit eksekutif. producer. Dalam tahun yang sama, beliau menjadi jemputan dalam sitkom Extras. Bloom menjadi lelaki cariaan terbanyak dalam Google News pada tahun 2006.

Bloom muncul buat kali ketiga sebagai Will Turner, dalam Pirates of the Caribbean: At World's End, yang disiarkan pada 24 Mei 2007. Bloom, yang bercita-cita menjadi pelakon pentas selepas tamat belajar di Sekolah Muzik dan Drama Guildhall School of Music and Drama, telah menyatakan keinginannya untuk meninggalkan filem untuk seketika dan muncul dalam pementasan, dan mencari bahan yang sesuai dan bermula dari asas. Semasa musim panas 2007, beliau muncul dalam pementasan In Celebration. Pada 24 Ogos 2007, Bloom muncul dalam iklan TV buat pertama kali menerusi TV lewat malam Jepun untuk mempromosikan jenama kosmetik, Shiseido. Pada tahun 2008 beliau menandatangan untuk watak kecil dalam filem An Education namun menarik diri untuk membintangi filem arahan Johnnie To, Red Circle. Pada tahun 2009 juga, beliau menjadi salah satu pelakon dalam New York, I Love You, yang menggambungkan 12 buah filem pendek dalam satu filem. Beliau kemudiannya muncul dalam The Three Musketeers disamping Milla Jovovich, Logan Lerman, Matthew Macfadyen, Ray Stevenson, Luke Evans, Juno Temple dan Christoph Waltz, yang disiarkan pada tahun 2011.

Bloom muncul semula sebagai Logolas dalam bahagian dua dan tiga filem The Hobbit.

Bloom kemudiannya muncul dalam pementasan Broadway buat pertama kali sebagai Romeo dalam pementasan Romeo and Juliet pada Ogos 2013 di Teater Richard Rodgers.

Pada Oktober 2011, Bloom menyatakan beliau berminat untuk kembali dalam siri kelima Pirates of the Caribbean dan beliau muncul sebagai watak sampingan dalam Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, yang disiarkan pada Mei 2017.

Kehidupan peribadi

Bloom pernah menjalinkan hubungan yang tidak stabil dengan pelakon Kate Bosworth, dari tahun 2003 sebelum putus pada September 2006.

Pada penghujung 2007, Bloom mula berpacaran dengan model dari Australia, Miranda Kerr. Mereka mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2010, dan melangsungkan perkahwinan pada bulan seterusnya. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom, yang lahir pada Januari 2011 di Los Angeles. Pada 25 Oktober 2013, Bloom dan Kerr mengumumkan mereka telah berpisah beberapa bulan yang lalu dan mahu menamatkan perkahwinan mereka. Kedua-duanya bercerai pada penghujung 2013.

Bloom kemudiannya mula berpacaran dengan penyanyi Katy Perry sejurus selepas Anugerah Golden Globe ke-73 pada Januari 2016. Namun, pasangan ini mengesahkan mereka telah berpisah pada Februari 2017.

Filemografi

Filem
Tahun Judul Peranan Nota
1997 Wilde Rentboy
2001 The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring Legolas
2001 Black Hawk Down PFC Todd Blackburn
2002 The Lord of the Rings: The Two Towers Legolas
2003 Ned Kelly Joseph Byrne
2003 Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl Will Turner
2003 The Lord of the Rings: The Return of the King Legolas
2004 The Calcium Kid Jimmy "The Calcium Kid" Connelly
2004 Troy Paris
2004 Haven Shy Juga sebagai penerbit bersama
2005 Kingdom of Heaven Balian de Ibelin
2005 Elizabethtown Drew Baylor
2006 Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest Will Turner
2006 Love and Other Disasters Hollywood Paolo Cameo
2006 The Armenian Genocide Auguste Berneau Dokumentari
2007 Pirates of the Caribbean: At World's End Will Turner
2007 Everest: A Climb for Peace Narrator Dokumentari
2009 New York, I Love You David Cooler Segmen: "Shunji Iwai"
2010 Sympathy for Delicious The Stain
2010 Main Street Harris Parker
2011 The Good Doctor Dr. Martin E. Blake Juga sebagai penerbit eksekutif
2011 Fight for Your Right Revisited Johnny Ryall Filem pendek
2011 The Three Musketeers George Villiers, 1st Duke of Buckingham
2013 Zulu Brian Epkeen
2013 The Bling Ring Diri sendiri
2013 The Hobbit: The Desolation of Smaug Legolas
2014 Romeo and Juliet Romeo
2014 The Hobbit: The Battle of the Five Armies Legolas
2015 Digging for Fire Ben
2017 Unlocked Jack Alcott
2017 Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales Will Turner
2017 Romans Malky 1 Julai 2017 Festival Filem Antarabangsa Edinburgh
2017 S.M.A.R.T. Chase Danny Stratton
Televisyen
Tahun Judul Peranan Nota
1994–96 Casualty Noel Harrison 3 episod (Care in the Community, Another Day in Paradise, Made in Britain)
2000 Midsomer Murders Peter Drinkwater 1 episod (Judgement Day)
2006 Extras Diri sendiri 1 episod (Orlando Bloom)
2011 LA Phil Live Romeo 1 episod (Dudamel Conducts Tchaikovsky)
2016 Easy Tom 1 episod (Utopia)
2017 Tour de Pharmacy Juju Peppi Filem TV
2017 Stairway to Stardom Diri sendiri 1 episod
2019 Carnival Row Rycroft Philostrate Siri tetap

Pautan luar

Read next

In 84 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article