factograf
MS

Oren (buah)

Oren (buah)

Buah oren, juga dipanggil buah oren manis untuk membezakannya daripada oren pahit Citrus × aurantium, merupakan sejenis buah pokok dalam keluarga Rutaceae. Secara botani, buah ini terhasil daripada spesies hibrid yang dikenali sebagai Citrus × sinensis, dan spesies ini merupakan kacukan spesies limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata). Genom kloroplas serta susur galur dari sebelah betina adalah dari limau bali. Buah oren manis mempunyai urutan genom penuhnya.

Oren ini berasal dari wilayah yang merangkumi Selatan China, Timur Laut India, dan Myanmar; sebutan paling awal tentang oren manis adalah dalam kesusasteraan Cina pada 314 SM. Sehingga ke tahun 1987, pokok oren didapati sebagai pokok buah-buahan yang paling kerap ditanam di dunia. Pokok oren ditanam secara meluas di iklim tropika dan subtropika untuk buahnya yang manis. Buah pokok oren boleh dimakan segar, atau diproses untuk jus atau kulitnya yang harum. Pada 2022, 76 juta tan oren ditanam di seluruh dunia, dengan Brazil menghasilkan 22% daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh India dan China.

Oren telah wujud dalam budaya manusia sejak zaman pertengahan. Buah-buahan ini mula-mula muncul dalam seni Barat dalam Potret Arnolfini oleh Jan van Eyck, tetapi mereka telah digambarkan dalam seni Cina berabad-abad sebelumnya, seperti dalam lukisan kipas dinasti Song oleh Zhao Lingrang bertajuk Oren Kuning dan Tangerin Hijau. Menjelang abad ke-17, buah oren telah menjadi barang prestij di Eropah, seperti yang dilihat di Versailles Orangerie. Pada masa yang lebih terkini, pelukis-pelukis seperti Vincent van Gogh, John Sloan, dan Henri Matisse memasukkan oren dalam lukisan mereka.

Penerangan

Flowers
Bunga
Fruit starting to develop
Buah mula berkembang
Flowers and fruit simultaneously
Bunga dan buah wujud secara serentak
Mature tree in Galicia, Spain, fruiting in November
Pokok matang di Galicia, Sepanyol, berbuah pada bulan November
Structure of the botanical hesperidium
Struktur hesperidium botani
5 images

Pokok oren ialah pokok malar hijau yang agak kecil, berbunga, dengan ketinggian purata 9 hingga 10 m (30 hingga 33 ka), walaupun beberapa spesimen yang sangat lama boleh mencapai 15 m (49 ka). Daunnya yang bujur, disusun berselang-seli, mempunyai panjang 4 hingga 10 cm (1.6 hingga 3.9 in) serta margin berkrenulat. Oren manis tumbuh dalam pelbagai saiz dan bentuk berbeza dari bentuk sfera sehingga ke bentuk bujur. Di dalam dan melekat pada kulitnya terdapat tisu putih berliang yang merupakan mesokarp yang putih dan pahit rasanya. Oren manis ini mengandungi beberapa karpel yang berbeza (keratan, bahagian buahan dari segi botani) di dalamnya, biasanya kira-kira sepuluh, dengan setiap satu dibatasi oleh membran, dan mengandungi banyak vesikel berisi jus dan biasanya mengandungi beberapa biji. Apabila belum masak, buahnya berwarna hijau. Kulit buah masak yang tidak sekata dan berbutir boleh mempunyai warna berjulat oren terang sehingga kuning keorenan, tetapi selalunya mengekalkan tompok hijau atau, jika keadaan iklim panas kekal hijau sepenuhnya. Seperti semua buah sitrus yang lain, oren manis bersifat bukan klimakterik yakni tidak masak sewaktu di atas pokok. Kumpulan Citrus sinensis dibahagikan kepada empat kelas dengan ciri yang berbeza: oren biasa, oren darah atau berpigmen, oren berpusat dan oren kurang berasid. Buahnya merupakan sejenis hesperidium yakni buah beri yang diubah suai; ia dilitupi dengan kulit yang dibentuk oleh penebalan dinding ovari yang tahan lasak.

Pautan luar

  • Media berkaitan Citrus sinensis di Wikimedia Commons
  • Data berkaitan Citrus sinensis di Wikispesies
  • Citrus sinensis List of Chemicals (Dr. Duke's Phytochemical and Ethnobotanical Databases), USDA, Agricultural Research Service.
  • Oranges: Safe Methods to Store, Preserve, and Enjoy. (2006). University of California Agriculture and Natural Resources. Accessed May 23, 2014.

Read next

In 149 languages

msAlemannischአማርኛaragonésÆngliscالعربيةمصرىঅসমীয়াasturianuazərbaycancaتۆرکجهBatak Tobaбеларускаяभोजपुरीবাংলাབོད་ཡིགbrezhonegbosanskicatalàᏣᎳᎩکوردیčeštinakaszëbscziчӑвашлаDeutschދިވެހިބަސްΕλληνικάemiliàn e rumagnòlEnglishEsperantoespañoleestieuskaraفارسیsuomivõroNa Vosa Vakavitiføroysktfɔ̀ngbèfrançaisNordfriiskfurlankriyòl gwiyannengalegoگیلکیગુજરાતીGaelgעבריתहिन्दीhrvatskiKreyòl ayisyenհայերենԱրեւմտահայերէնBahasa IndonesiaIdoíslenskaitalianola .lojban.JawaQaraqalpaqshaTyapKongoKumoringқазақшаភាសាខ្មែរ한국어کٲشُرkurdîкыргызчаLatinaLadinoLëtzebuergeschLugandaLimburgslingálaລາວlietuviųlatviešuमैथिलीBasa BanyumasanMalagasyмакедонскиമലയാളംмонголꯃꯤꯇꯩ ꯂꯣꯟमराठीкырык марыMirandésэрзяньمازِرونیNapulitanoNedersaksiesनेपालीLi NihaNederlandsnorskSesotho sa LeboaDiné bizaadoccitanOromooиронਪੰਜਾਬੀKapampanganpolskiپښتوportuguêsikirundiromânăрусскийसंस्कृतम्ᱥᱟᱱᱛᱟᱲᱤsicilianuScotsسنڌيdavvisámegiellasrpskohrvatski / српскохрватскиSimple EnglishslovenčinaslovenščinaGagana SamoachiShonaSoomaaligashqipсрпски / srpskisvenskaKiswahiliślůnskiதமிழ்ᥖᥭᥰ ᥖᥬᥲ ᥑᥨᥒᥰతెలుగుไทยTürkçechiTumbukareo tahitiئۇيغۇرچە / Uyghurcheукраїнськаاردوoʻzbekcha / ўзбекчаTiếng ViệtwalonWinarayWolof吴语ייִדישVahcuengh文言粵語中文isiZulu

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article