factograf
MS

Nama kod tentang serangan Kepulauan Jepun, Perang Dunia II

Operasi Downfall

Operasi Downfall
All data from the card 2
Objektif
Serangan terhadap Jepun
Hasil
Dibatalkan selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945

Operasi Downfall (harfiah, "Operasi Kejatuhan") ialah nama kod rancangan serangan terhadap Empayar Jepun oleh angkatan tentera Pihak Bersekutu pada penghujung Perang Dunia Kedua. operasi yang dirancang ditinggalkan selepes Jepun menyerah kalah berikutan pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Operasi terdiri daripada dua bahagian: Operasi Olympic dan Operasi Coronet.

Dijadualkan pada bulan Oktober 1945, Operasi Olympic bertujuan untuk menawan sepertiga wilayah selatan pulau selatan Kyūshū, dengan mengguna Pulau Okinawa, yang baharu ditawan sebagai kawasan berkumpul. Kemudian, dalam musim bunga 1946, Operasi Coronet akan dilaksanakan buat menawan Dataran Kantō, berdekatan Tokyo, di pulau Honshū. Pangkalan-pangkalan udara di Kyushu yang ditawan dalam Operasi Olympic akan membolehkan penggunaan sokongan pesawat dari darat untuk membantu dalam Operasi Coronet. Sekiranya Downfall terjadi, ia akan tercatat sebagai operasi amfibi terbesar dalam sejarah.

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Read next

In 34 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article