factograf
MS
Sign in

Nanometer

Nanometer (simbol: nm) ialah unit ukuran panjang dalam sistem metrik yang bersamaan dengan satu per satu bilion daripada semeter. Namanya diterbitkan daripada campuran imbuhan awalan SI nano- dengan nama unit induk meter. Ia boleh ditulis sebagai 1 × 10-9 m dalam tatatanda saintifik, 1 E-9 m dalam tatatanda kejuruteraan, atau secara ringkasnya 1 m / 1,000,000,000.

Kegunaan

Nanometer biasanya digunakan untuk menyatakan dimensi pada skala atom: diameter atom helium, misalnya, ialah kira-kira 0.1 nm, dan diameter ribosom ialah kira-kira 20 nm. Nanometer juga biasanya digunakan untuk menyatakan panjang gelombang sinaran elektromagnet berdekatan dengan bahagian boleh nampak spektrum: cahaya tampak mempunyai panjang gelombang di antara 400 hingga 800 nm. Unit angstrom, yang bersamaan dengan 0.1 nanometer, pernah digunakan untuk tujuan-tujuan ini.

Sejarah

Nanometer pernah dikenali dengan nama milimikrometer – atau, lebih lazim lagi, milimikron untuk kependekan – kerana ia adalah 1/1000 daripada satu mikron (mikrometer), dan biasanya dinyatakan dengan simbol mµ atau (lebih jarang lagi) µµ. Pada tahun 1960, Biro Piawaian Kebangsaan telah menggunakan imbuhan awalan "nano-" bagi "satu per sebilion". Nanometer biasanya dikaitkan dengan bidang nanoteknologi. Sejak akhir 80-an, ia juga telah digunakan untuk menerangkan generasi-generasi teknologi pengeluaran dalam industri semikonduktor.

Read next

In 87 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article