factograf
MS
Sign in

Masqat

Masqat

Key facts

jumlah penduduk1,421,409
keluasan3,500km²
contohbandar besar, ibu negara
negaraOman
ketinggian dari aras laut69m
terletak di entiti wilayah pentadbiranKegabenoran Masqat
All data from the card 4
Negara
Oman
Kegabenoran
Kegabenoran Masqat
Zon waktu
UTC+4
Tapak sesawang
Perbandaran Oman

Masqat atau Maskat (Arab: مَسْقَط, rumi: Masqaṭ, bahasa Inggeris: Muscat) merupakan ibu negara sekaligus bandar terbesar Oman. Penduduknya berjumlah 67,400 orang pada tahun 2004. Jumlah penduduk Masqat mencecah 1.56 juta berdasarkan maklumat pada September 2015. Area metropolitan terbentang sekitar 3,500 km2 dan terdiri dari enam buah provinsi.

Kota ini dikenali sejak awal abad pertama Masihi sebagai pelabuhan perdagangan penting antara barat dan timur, ia banyak direbut dan diperintah pelbagai kuasa asing seperti Parsi, Portugis dan Uthmaniyah sepanjang sejarah. Pada abad ke-18, pengaruh Masqat menjangkau sejauh Afrika Timur dan Zanzibar. Sebagai kota pelabuhan penting di Teluk Oman, Masqat menarik pedagang asing dan pendatang seperti pihak Parsi dan Balochistan. Ketika pertabalan Qaboos bin Said sebagai Sultan Oman pada tahun 1970, Masqat telah mengalami perkembangan infrastruktur pesat yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang hidup dan pembentukan masyarakat pelbagai kaum.

Sejarah

Masqat dikenali pada zaman dahulu sebagai pusat pelabuhan kaum Oman yang mahir dalam bidang perdagangan dan pelayaran. Kepentingan Masqat sebagai pusat pelabuhan diiktiraf oleh tokoh-tokoh Yunani purba seperti Ptolemy sejak abad pertama Masihi.

Zaman awal

Masyarakat purba kawasan Masqat dipercayai mempunyai hubungan dengan Tamadun Lembah Indus berdasarkan penemuan tembikar dari Harappa. Kawasan Masqat dikuasai oleh Empayar Sasan pada abad ketiga Masihi. Pengaruh Islam mula mencapai Masqat pada abad ketujuh.

Zaman pertengahan

Masqat dikuasai oleh pihak Portugis di bawah penguasaan Alfonso de Albuquerque pada Julai 1507. Selama pihak Portugis menguasai Masqat, pihak Uthmaniyah telah beberapa kali cuba merampas Masqat pada 1552 dan 1581. Apabila Nasir bin Murshid Al-Ya'rubi ditabalkan sebagai Imam Oman pada 1624, penguasaan Portugis mula menjadi lemah, dan pada 23 Januari 1650, pihak Portugis menyerah diri setelah pelabuhan Masqat diserang oleh pasukan Imam.

Geografi

Masqat terletak di timur laut Oman dan melepasi Garisan Sartan. Teluk Oman bersempadan dengan kawasan utara dan timur kota. Batuan gunung berapi seperti diorit dan serpentitit adalah lazim di kawasan Masqat serta pesisir laut kota. Kawasan pesisir laut Masqat lazim mempunyai terumbu karang, dan haiwan-haiwan seperti ketam dan udang krai boleh dijumpai di sini.

Iklim

Masqat memiliki iklim panas dan kontang dengan musim panas yang panjang dan bersuhu tinggi serta "musim sejuk" bersuhu sederhana. Taburan hujan secara keseluruhannya jarang berlaku, kebanyakannya berlaku antara bulan November dengan April.

Data iklim untuk Muscat
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.6
(94.3)
38.2
(100.8)
41.5
(106.7)
44.9
(112.8)
48.3
(118.9)
48.5
(119.3)
49.1
(120.4)
49.2
(120.6)
47.2
(117.0)
43.6
(110.5)
39.4
(102.9)
37.8
(100.0)
49.2
(120.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 25.5
(77.9)
26.1
(79.0)
29.8
(85.6)
34.7
(94.5)
39.5
(103.1)
40.4
(104.7)
38.6
(101.5)
36.2
(97.2)
36.3
(97.3)
35.0
(95.0)
30.5
(86.9)
27.1
(80.8)
33.3
(92.0)
Purata suhu harian, °C (°F) 21.3
(70.3)
21.9
(71.4)
25.2
(77.4)
29.8
(85.6)
34.2
(93.6)
35.2
(95.4)
34.3
(93.7)
32.0
(89.6)
31.4
(88.5)
29.7
(85.5)
25.7
(78.3)
22.6
(72.7)
28.6
(83.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 17.3
(63.1)
17.6
(63.7)
20.7
(69.3)
24.7
(76.5)
29.1
(84.4)
30.6
(87.1)
30.4
(86.7)
28.4
(83.1)
27.5
(81.5)
24.9
(76.8)
20.9
(69.6)
18.9
(66.0)
24.3
(75.7)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 1.6
(34.9)
2.3
(36.1)
7.0
(44.6)
10.3
(50.5)
17.2
(63.0)
21.6
(70.9)
23.5
(74.3)
21.3
(70.3)
19.0
(66.2)
14.3
(57.7)
9.4
(48.9)
4.5
(40.1)
1.6
(34.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 12.8
(0.50)
24.5
(0.96)
15.9
(0.63)
17.1
(0.67)
7.0
(0.28)
0.9
(0.04)
0.2
(0.01)
0.8
(0.03)
0.0
(0.0)
1.0
(0.04)
6.8
(0.27)
13.3
(0.52)
100.3
(3.95)
Purata kelembapan relatif (%) 63 64 58 45 42 49 60 67 63 55 60 65 58
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 268.6 244.8 278.3 292.5 347.4 325.7 277.7 278.6 303.9 316.9 291.9 267.0 3,493.3
Sumber: NOAA (1961–1990)

Demografi

Bancian pada 2005 menetapkan jumlah penduduk Masqat pada lebih daripada 630,000 orang, dengan kira-kira 370,000 orang lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Kira-kira 60% penduduk Masqat ialah warganegara Oman dan 40% yang lain ialah ekspatriat.

Bahasa Arab ialah bahasa utama golongan masyarakat kota. Agama Islam Ibadi ialah agama anutan kebanyakan penduduk Masqat. Kawasan Masqat pernah menyaksikan perkembangan agama Kristian pada abad keempat dan kelima Masihi sebelum perkembangan Islam menghilangkan pengaruh Kristian di Masqat. Sedikit perkembangan Kristian di sini dipercayai dibawa semula oleh pihak Portugis pada abad ke-14.

Pautan luar

  • Media berkaitan Masqat di Wikimedia Commons
  • Maklumat perjalanan Masqat di Wikikembara

Read next

In 144 languages

msAcèhAfrikaansአማርኛaragonésالعربيةمصرىasturianuअवधीazərbaycancaتۆرکجهбашҡортсаBasa BaliBikol Centralбеларуская (тарашкевіца)беларускаябългарскиBanjarবাংলাབོད་ཡིགbrezhonegbosanskiбуряадcatalà閩東語 / Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄нохчийнCebuanoکوردیčeštinaчӑвашлаCymraegdanskDeutschZazakiडोटेलीΕλληνικάEnglishEsperantoespañoleestieuskaraفارسیsuomifrançaisarpetanNordfriiskFryskGaeilgeGàidhliggalegoHausa客家語 / Hak-kâ-ngîHawaiʻiעבריתहिन्दीFiji HindihrvatskihornjoserbsceKreyòl ayisyenmagyarհայերենԱրեւմտահայերէնBahasa IndonesiaInterlingueIlokanoIdoíslenskaitaliano日本語ქართულიQaraqalpaqshaTaqbaylitKumoringқазақшаಕನ್ನಡ한국어кыргызчаLatinaLëtzebuergeschLigurelombardlietuviųlatviešuमगहीमैथिलीMalagasyMinangkabauмакедонскиമലയാളംмонголमराठीمازِرونیनेपालीNederlandsnorsk nynorsknorskoccitanlivvinkarjalaиронਪੰਜਾਬੀPapiamentupolskiPiemontèisپنجابیپښتوportuguêsromânăрусскийsarduScotsسنڌيsrpskohrvatski / српскохрватскиSimple EnglishslovenčinaslovenščinachiShonashqipсрпски / srpskisvenskaKiswahiliślůnskiதமிழ்తెలుగుтоҷикӣไทยTagalogtolışiTürkçechiTumbukaудмуртئۇيغۇرچە / Uyghurcheукраїнськаاردوoʻzbekcha / ўзбекчаvepsän kel’Tiếng ViệtVolapükWinaray吴语მარგალურიYorùbá閩南語 / Bân-lâm-gí粵語中文

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article