Magnolia ialah genus tumbuhan berbunga terdiri daripada kira-kira 210 hingga 340 spesies dalam subkeluarga Magnolioideae keluarga Magnoliaceae.
Taksonomi
Genus ini dinamakan sempena ahli botani Perancis Pierre Magnol; ia mula diterangkan pada tahun 1703 dalam buku Genera oleh Charles Plumier (1646–1704) untuk sebatang pokok berbunga dari pulau Martinique (talauma).
Botani
Pokok-pokok spesies dalam genus ini renek dan berdaun luruh.
Bunga
Kuntum-kuntum bunganya besar berbentuk mangkuk atau bintang berwarna putih, merah jambu, ungu, hijau atau kuning. Setiap kuntum mempunyai 9–15 kelopak yang tidak membentuk ranggi, kelopak-kelopak ini bercantum dalam tiga atau lebih pusaran.
Bunga-bunga ini mempunyai organ jantan dan organ betina; sangga dan tudung cepu debu dicantum (adnate) manakala sulur debu disusun kelun pada pudung bunga. Bunga pada spesies meluruh selalu muncul sebelum daun-daunnya pada musim bunga. Bunga-bunga genus ini didebungakan kumbang-kumbang yang tertarik dengan rembesan bergula dan wangi darinya.
Buah
Buahnya muncul pada musim luruh berbentuk kerucut.
