factograf
MS
Sign in

Pakaian yang dikhususkan untuk menunggang basikal

Kit berbasikal

Kit berbasikal
Pandangan belakang kit berbasikal musim panas, menampilkan jersi dengan poket belakang dan seluar pendek dengan pad.
Pandangan belakang kit berbasikal musim panas, menampilkan jersi dengan poket belakang dan seluar pendek dengan pad.


topi keledar
sarung tangan
seluar pendek
kasut
Seorang pengayuh basikal jalan raya memakai sepasang kit berbasikal musim panas yang tipikal.

Dalam perlumbaan basikal kompetitif, kit berbasikal (Jawi: كيت برباسيکل‎), seragam berbasikal (Jawi: سراڬم برباسيكل‎), atau uniform berbasikal (Jawi: اونيفورم برباسيكل‎) merupakan peralatan dan pakaian standard yang dipakai khusus oleh atlet yang menyertai sukan ini. Pakaian ini berbeza daripada pakaian yang dipakai dalam bentuk berbasikal lain, seperti berbasikal untuk berulang-alik dan rekreasi (di mana orang ramai cenderung memakai pakaian jalanan biasa, mungkin dengan kot atau baju hujan). Kit kompetitif menggunakan bahan dan ciri teknikal dan prestasi untuk meningkatkan kecekapan dan keselesaan. UCI menetapkan kit dan reka bentuk yang digunakan oleh pengayuh.

Kit berbasikal telah berkembang dengan ketara sejak awal kemunculan sukan ini apabila peserta memakai jersi bulu. Kemajuan terkini dalam pembuatan dan teknologi telah membolehkan reka bentuk yang lebih ringan, lebih selesa, berwarna-warni, dan kompleks dihasilkan. Kit berbasikal pada masa kini dibuat terutamanya dengan bahan sintetik, seperti Lycra, yang mengikut bentuk badan, sekali gus mengurangkan seretan dengan menghapuskan fabrik longgar serta meningkatkan keselesaan. Kit tempahan khas dengan potongan yang disesuaikan mengikut pesanan semakin menjadi kebiasaan bagi individu, kelab, dan pasukan untuk menghasilkan kit dengan reka bentuk tersuai. Jenama terkenal termasuk Adidas, Castelli, Pearl Izumi, Rapha, dan Santini SMS.

Dalam pertandingan berbasikal profesional, kit pasukan biasanya dihiasi dengan logo dan iklan penaja, manakala skema warna dan corak yang tersendiri berfungsi sebagai petunjuk visual peranan tertentu atau kedudukan kepimpinan dalam perlumbaan. Semasa acara, pelumba basikal melekatkan tag nombor perlumbaan di bahagian belakang jersi mereka, dengan tag pendua sering dilekatkan pada basikal mereka. Sebagai cara untuk menjana pendapatan untuk pasukan profesional, kit replika biasanya disediakan untuk pembelian oleh peminat, membolehkan peminat meniru pelumba kegemaran mereka.

Peralatan untuk pengayuh basikal

Peralatan asas

Peralatan asas yang dinyatakan dalam panduan peraturan teknikal UCI (Bahagian 3: pakaian penunggang) termasuk sehelai jersi berlengan, sepasang seluar pendek dan mungkin sehelai sut kulit.

Umumnya, kit berbasikal musim panas yang biasa (sama ada perlumbaan atau tidak) terdiri daripada:

  • Topi keledar: perlindungan kepala sekiranya berlaku jatuh
  • Jersi berbasikal: menutupi bahagian torso
  • Seluar bib atau seluar pendek: untuk bahagian bawah badan dan selalunya termasuk pad untuk menambah keselesaan
  • Sut kulit: satu alternatif pakaian sekeping yang menggabungkan jersi dan seluar pendek yang biasa digunakan dalam percubaan masa
  • Stokin: biasanya panjang sederhana
  • Kasut berbasikal: kasut yand dikhususkan dengan tapak kaki yang keras untuk pemindahan kuasa yang cekap
  • Cleat: untuk dilekatkan pada pedal

dan pada musim bunga/luruh, pakaian tambahan ini:

  • Gilet: selalunya nipis dan boleh dilipat ke dalam poket belakang untuk hari yang lebih sejuk atau berangin
  • Pemanas lengan: sarung lengan yang boleh dipakai secara berasingan
  • Pemanas kaki: sama seperti seluar sama sendat yang menawarkan kehangatan tambahan
  • Lapisan asas: Dipakai di bawah jersi dan tali seluar bib untuk kehangatan tambahan

dan pada musim sejuk, pakaian tambahan ini:

  • Pemanas kepala: perlindungan tambahan daripada angin dan hujan, yang mungkin juga menutupi telinga
  • Pemanas leher: perlindungan untuk leher, sebagai ganti skarf (yang mungkin terjatuh)
  • Jaket: jaket boleh nipis atau bertebat, kalis angin dan/atau kalis air untuk hari yang sejuk
  • Seluar sama sendat bib: sebagai ganti seluar pendek bib dan pemanas kaki: ia adalah versi seluar bib bertebat/berlapik dan panjang penuh
  • Kasut luar: penutup kasut neoprena atau getah yang memastikan kasut kering dengan menghalang kemasukan air daripada percikan dan/atau hujan

Aksesori

Pakaian pilihan berikut boleh dipakai oleh pengayuh basikal untuk keselesaan tambahan atau pemantauan prestasi:

  • Casquette: topi berbasikal tradisional dengan penutup pendek yang boleh dipakai di bawah topi keledar
  • Cermin mata hitam: untuk hari yang lebih gelap
  • Monitor degupan jantung: yang boleh disambungkan dan dipaparkan pada penjejak aktiviti atau telefon pintar
  • Sarung tangan berbasikal: menawarkan cengkaman dan keselesaan tambahan dan biasanya separuh jari pada musim panas, jari penuh dan/atau bertebat untuk musim sejuk

Galeri

topi keledar jersi sarung tangan seluar pendek stokin kasut Contoh sepasang kit berbasikal.

ves pemanas legan Pakaian berbasikal musim bunga/luruh yang biasanya terdiri daripada kit musim panas dengan tambahan ves bertebat dan pemanas lengan. Turut dipakai ialah sepasang cermin mata hitam yang diletakkan pada lubang pengudaraan topi keledar.

pemanas kepala pemanas leher jaket sarung tangan seluar sama sendat kasut luar Pakaian berbasikal musim sejuk yang biasanya terdiri daripada pemanas kepala dan leher, sarung tangan, jaket, seluar sama sendat bib dan kasut luar.

Lihat juga

Berbasikal secara umum

Berbasikal sebagai sebuah sukan

  • Berbasikal jalan raya
  • Lumba basikal jalan raya

Pakaian senaman dan fabrik

Read next

In 6 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article