factograf
MS
Sign in

Keith Andes

Keith Andes

Key facts

tarikh lahir12 Julai 1920
tarikh kematian11 November 2005
dididik diUniversiti Oxford
pekerjaanpemuzik, penyanyi opera, pelakon pentas
tempat kematianSanta Clarita
anugerah yang diterimaTheatre World Award
All data from the card 13
Kelahiran
John Charles Andes12 Julai 1920Ocean City, New Jersey, A.S.
Meninggal dunia
11 November 2005 (umur 85)Newhall, Santa Clarita, California, U.S.
Sebab kematian
Bunuh diri menggunakan asfiksia
Pusat pendidikan
Universiti Temple
Pekerjaan
Pelakon, penyanyi
Tahun aktif
1932–1980
Pasangan
Jean Alice Cotton (k. 1946; c. 1961) Shelah Hackett (m. 1961; div. 19??)
Anak-anak
2, termasuk Mark Andes
Kesetiaan
United States
Perkhidmatan
United States Marine Corps
Tahun perkhidmatan
1939–1945
Pangkat
Sarjan
Pertempuran
Perang Dunia Kedua

Keith Andes (lahir John Charles Andes, 12 Julai 1920 – 11 November 2005) merupakan seorang pelakon filem, radio, teater muzikal, pentas dan televisyen dari Amerika Syarikat.

Kehidupan awal

Anak kepada William G. Andes, Andes telah dilahirkan di Ocean City, New Jersey. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah muncul menerusi radio.

Keluarga beliau berpindah ke Upper Darby, Pennsylvania, di Philadelphia.

Beliau telah memasuki Sekolah St Edward, Oxford dan bergraduat dari Universiti Temple di Philadelphia, di mana beliau menjadi ahli fraterniti Sigma Pi, pada tahun 1943 dengan sarjana muda dalam pendidikan. Ketika di Temple, beliau tidak pernah terbabit dengan program teater universiti, tetapi menghabiskan masanya sebagai joki cakera untuk stesen radio. Selepas bergraduan dari Temple, beliau belajar vokal di Philadelphia Conservatory of Music. Beliau terkenal dengan bariton.

Kerjaya

Awal pembabitan

Andes telah bermula kerjaya Broadway semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Beliau telah berkhidmat semalam tiga tahun dan menyanyi serta berlakon dalam persembahan United Service Organization. Beliau telah berlakon dalam pementasan Winged Victory dan filem Winged Victory (1944) terbitan 20th Century Fox.

Pada tahun 1947, Andes menerima anugerah dari Theater World Award untuk persembahan sulung beliau menerusi The Chocolate Soldier. Dalam tahun yang sama, beliau turut mendapat watak kecil tetapi penting dalam filem The Farmer's Daughter. Pada tahun 1949, beliau mendapat watak utama pertama menerusi filem Project X (1949), sebuah filem bajet rendah dan bebas.

Pada Jun 1950, beliau telah menyertai persembahan Broadway, Kiss Me, Kate dan ini telah menarik minat Hollywood.

RKO dan Universal

Andes muncul sebagai kekasih Marilyn Monroe dan adik kepada Barbara Stanwyck dalam filem Clash by Night (1952), arahan Fritz Lang dan ditulis oleh Clifford Odets, untuk RKO.

Beliau turut memegang watak sebagai Lt. Maynard dalam Blackbeard, the Pirate (1952) dan watak pembantu dalam Split Second (1953).

Pada tahun 1953, beliau membintangi muzikal Broadway Maggie.

Andes telah bergandingan bersama Angela Lansbury dalam filem A Life at Stake (1954) dan menjadi watak utama dalam The Second Greatest Sex (1955) semasa bersama Universal, di mana beliau menandatangan kontrak untuk tempoh yang panjang.

Andes mula menjadi bintang undangan dalam rancangan TV seperti Celebrity Playhouse, The Ford Television Theatre, Matinee Theatre, The Loretta Young Show, Conflict dan Playhouse 90. Beliau turut membintangi adaptasi TV bagi The Great Waltz (sebagai Johann Strauss, Jr.), Bloomer Girl (1956) dan Holiday (berdasarkan The Grand Tour) (1956).

Beliau muncul dua filem bersama Jeff Chandler semasa di Universal, Away All Boats (1956) dan Pillars of the Sky (1956), serta Back from Eternity (1956) di RKO. In 1956, he starred in a pilot for the series Dr, Mike, that was not picked up.

Semasa di Universal, beliau mendapat peranan dalam Interlude (1957), dan The Girl Most Likely (1958), filem terakhir dari RKO.

Andes turut menjadi undangan dalam Jane Wyman Presents The Fireside Theatre, Goodyear Theatre, Alcoa Theatre dan The Gale Storm Show: Oh! Susanna.

Pada tahun 1958, Andes membintangi filem Damn Citizen di samping Margaret Hayes dan Gene Evans.

Beliau turut muncul dalam filem bajet rendah: Model for Murder (1959) di England dan Surrender - Hell! (1960) di Filipina.

Televisyen

Andes menjadi pelakon tetap yang melakon watak sebagai Frank Dawson dalam dram kepolisan This Man Dawson (1959–60), kisah bekas kolonel Kor Marin Amerika Syarikat yang dilantik untuk menghentikan rasuah di kalangan polis di sebuah bandar yang tidak dinyatak.

Dalam Broadway, Andes telah berlakon bersama Lucille Ball dalam muzikal Wildcat (1960–61) bagi 175 buah persembahan. Selepas Wildcat tamat, Andes kembali ke layar kaca dan menjadi bintang jemputan bagi Sea Hunt, Have Gun - Will Travel, Follow the Sun, Vacation Playhouse dan The Rifleman.

Dalam tahun 1963, Andes berlakon di samping Victor Buono dan Arch Johnson dalam episod "Firebug" bagi siri GE True, yang diacarakan oleh Jack Webb. Kemudian, dalam tahun yang sama, Andes menjadi pelakon tetap dalam sitkom Glynis, yang dibintangi oleh Glynis Johns sebagai isterinya.

Beliau turut menjadi jemputan bagi 77 Sunset Strip, Perry Mason (episod "Illicit Illusion"), The Outer Limits (episod "Expanding Human"), Mickey, The Littlest Hobo, Death Valley Day, Valentine's Day,Branded, The Lucy Show, dan Run for Your Life.

Andes turut pernah membintangi siri Paradise Bay, yang keudara pada 27 September 1965.

Beliau kembali menjadi pelakon undangan dalam Daniel Boone, The Andy Griffith Show, Star Trek (episod "The Apple"), dan I Spy.

Beliau turut menyumbangkan suara dalam animasi Birdman and the Galaxy Trio (1967) sebagai Birdman.

Lain-lain

Beliau pernah muncul sebagai Jeneral George C. Marshall dalam filem Tora! Tora! Tora! dan filem Hell's Bloody Devils (1970).

Beliau menjadi jemputan dalam Petticoat Junction, The Bold Ones: The New Doctors, Dan August, The Streets of San Francisco, Search, Gunsmoke, Cannon, Caribe, and The Magical World of Disney ("Twister, Bull from the Sky").

Kemudian beliau muncul dalam filem ...And Justice for All (1979) dan The Ultimate Impostor (1979) serta siri TV Buck Rogers in the 25th Century episod "Buck's Duel to the Death".

Penampilan terakhir beliau adalah menerusi Blinded by the Light (1982) sebelum bersara dari dunia hiburan.

Keluarga

Pada 30 November 1946, Andes mengahwini Jean A. Cotton, a nurse, di Upper Darby, Pennsylvania. Mereka bercerai pada tahun 1961.

Beliau kemudiannya mengahwini Sheila Hackett semasa berehat dari Wildcat.

Andes mempunyai dua orang anak lelaki bersama Cotton, iaitu pemuzik Mark Andes dan Matt Andes.

Kematian

Pada 11 November 2005, Andes ditemui mati ketika berusia 85 tahun di rumahnya di Santa Clarita, California. Beliau telah menderita kanser pundi kencing dan penyakit-penyakit lain. Beliau disahkan meninggal dunia akibat membunuh diri menggunakan asfiksia, menurut sebuah laporan dari Los Angeles County Coroner's Office. Organ badannya telah disumbangkan untuk kegunaan sains perubatan.

Filemografi

Tahun Judul Watak Nota
1944 Winged Victory Flyer Tiada kredit
1947 The Farmer's Daughter Sven Holstrom
1949 Project X Steve Monahan
1952 Clash by Night Joe Doyle
1952 Blackbeard the Pirate Robert Maynard
1953 Split Second Laryy Fleming
1954 A Life at Stake Edward Shaw
1955 The Second Greatest Sex Rev. Peter Maxwell
1956 Away All Boats Doctor Bell
1956 Back from Eternity Joe Brooks
1956 Pillars of the Sky Capt. Tom Gaxton
1957 Interlude Dr. Morley Dwyer
1957 The Girl Most Likely Neil Patterson, Jr.
1958 Damn Citizen Col. Francis C. Grevemberg
1959 Model for Murder David Martens
1959 Surrender - Hell! Col. Donald D. Blackburn
1961 Sea Hunt Todd Webster Musim 4, Episod 37
1964 The Tattooed Police Narrator Voice
1967 Star Trek Akuta Episod: "The Apple The Apple]]"
1970 Hell's Bloody Devils Joe Brimante
1970 Tora! Tora! Tora! General George C. Marshall
1979 ...And Justice for All Marvin Bates

Pautan luar

Read next

In 27 languages

Text from Wikipedia, CC BY-SA 4.0 · Source article